Sambung Cuti Dua Minggu

November 02, 2020

Sambung Cuti Dua Minggu | Harini pepagi lagi dah pegi hospital untuk urusan temujanji doktor berkaitan jari kaki  Iman yang patah dua minggu lepas. Akhirnya setelah dua minggu berehat kat rumah, harini jumpa doktor pakar tulang lagi sekali. Setelah doktor check berdasarkan keputusan X Ray, doktor cakap tulang dah nampak bercantum. Tapi sikit baru cantumannya, kena tunggu lagi. Doktor pesan tak boleh banyak gerak sangat lagi. Kena banyakkan rehat dan kurangkan tekanan pada jari kaki yang patah. 


Makanya doktor cakap kena MC lagilah tak boleh ke sekolah lagi. Doktor bagi dua minggu cuti sakit bermula esok 3.11.2020 sehingga 16.11.2020. Nanti 16.11.2020 kena ke hospital lagi untuk temujanji seterusnya. 

Berhuhuhu la Iman, sebab dia memang nak ke sekolah sangat sangat dah. Bosan dah duk rumah, katanya tak sama belajar kat rumah ngan kat sekolah. Pastu duk ulang ulang rindu dah nak balik asrama. Pastu duk ulang jugak lagi, banyak dah tertinggal belajar walaupon ada kawan yang tolong forward kerja kerja sekolah tapi ada yang dia tak faham tanpa belajar ngan Cikgu. 

Bertabahla wahai anak. Nak buat camne kita dah sakit. Duk dediam dulu la kat rumah. Takpe la bab pelajaran tu, nanti sambung kejar semula yang tak faham. Pastu dia ulang lagi peperiksaan dah dekat dah ni Umi. Lama tak pegi sekolah ni camne ni Umi. Takpe la Umi tak kisah la bab bab tu sekarang ni. Yang paling penting sekarang ni anak Umi sihat dulu. Pasni baru kita fikir bab sekolah dan bab periksa okey. 

InsyaAllah Iman okey. Lagipon kat rumah Iman ulangkaji dan buat kerja sekolah jugak cuma tak sama la bila belajar kat rumah dan belajar kat sekolah. Banyakkan bersabar wahai anak. InsyaAllah Umi doakan yang baik baik jer buat Iman. 

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. Semoga lekas2 sembuh hendaknya

    ReplyDelete
  2. Kena rehat lama tu. Semoga cepat sembuh dan pulih seperti biasa. Aaaminnn

    ReplyDelete
  3. moga cepat sembuh iman, dah la dia tak sabar nak pergi sekolah.. huhuh kesian dia

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sembuh Iman.. Lia pun jaga diri jugak ya.. :)

    ReplyDelete
  5. Get well soon Imaan. Jangan lasak2 sangat tau.

    ReplyDelete
  6. Di doakan iman cepat sembuh, aminnnnnnn

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.