Resipi Sedap Dan Lazat Dari Ajinomoto

November 13, 2020

Resipi Sedap Dan Lazat Dari Ajinomoto | Musim PKPB ni kan mak mak mesti banyak masa kat dapur. Ya la kan anak anak tak ke sekolah jadi kebanyakan masa kita lebih pada memasak untuk keluarga. Pagi, petang dan jugak malam macam macam resipi yang kita masak. Korang yang suka masak, harini KakYa nak kongsi resipi masakan mudah, lazat dan senang untuk di masak. Resipi sedap dan lazat ini dari Ajinomoto. Kalau dah namanya Ajinomoto tu tandanya resipi ni KakYa dapat dari Ajinomoto. 

Jom kita usha resipi apa yang best. Mana la tahu kot kot mak mak dah kehabisan idea nak masak apa. Boleh la cuba resipi dari Ajinimoto ni. Selamat memasak, happy cooking ya mak mak. 

One Pan Spageti


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak One Pan Spageti 

▪ 4 sudu besar Minyak masak
▪ 5 ulas Bawang putih, dicincang
▪ 250 g Isi ayam, dipotong
▪ 5 biji Cendawan shitake, dihiris
▪ 10 biji Ceri tomato, dipotong dua
▪ ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
▪ 1 ½ sudu kecil Garam
▪ 250 g Spageti
▪ 1 liter Air
▪ 1 sudu kecil Kepingan cili kering
▪ 1 batang Daun parsley, dicincang

Cara Menyediakan One Pan Spageti

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Masukkan isi ayam, kacau goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan cendawan dan ceri tomato, kacau sehingga masak.
4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
5. Masukkan spageti dan air. 
6. Didihkan selama 15-17 minit. Kacau sekali sekala sehingga air kering.
7. Masukkan kepingan cili kering dan daun parsley, gaul rata dan hidangkan.

Tips: 1) Jika tidak mempunyai periuk yang bersaiz besar, patahkan spageti untuk memuatkannya di dalam periuk.

Nasi Goreng Cendawan


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak Nasi Goreng Cendawan

▪ 4 sudu besar Minyak masak
▪ 200 g Isi ayam, dipotong kecil
▪ 50 g Lobak merah, dipotong dadu
▪ 50 g Cendawan butang, dihiris
▪ 50 g Cendawan tiram
▪ 2 biji Telur
▪ 4 cawan / 550g Nasi putih
▪ 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina 26g
▪ 1 tangkai Daun bawang, dipotong dadu


Cara Menyediakan Nasi Goreng Cendawan

1. Panaskan minyak masak, kacau goreng ayam sehingga separuh masak.
2. Masukkan lobak merah dan kacau sebentar.
3. Masukkan cendawan butang dan cendawan tiram, goreng seketika.
4. Masukkan telur, goreng sehingga masak.
5. Masukkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina® 26g, kacau goreng hingga sekata.
6. Taburkan daun bawang dan gaul sebentar.
Hidangkan ketika panas.

Sayur Campur Rasa Sifu


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak Sayur Campur Rasa Sifu

▪ 1 ½ tbsp Minyak Masak
▪ 2 biji Bawang Merah, dihiris tebal
▪ 2 ulas Bawang Putih, dihiris nipis
▪ 80 g Udang, dibersihkan
▪ 80 g Lobak Merah, dihiris serong
▪ 80 g Jagung Muda, dihiris serong
▪ 80 g Kubis Bunga
▪ 180 g Brokoli
▪ 5 sudu besar Air
▪1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu

Cara Menyediakan Sayur Campur Rasa Sifu

1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan kacau goreng seketika.
3.Masukkan lobak merah dan jagung muda.
4. Kacau goreng sehingga separuh masak.
5. Masukkan kubis bunga, brokoli dan air. Kacau goreng sebentar.
6. Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau rata.
Sedia untuk dihidang.

Ayam Mentega Berkrim


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak Ayam Mentega Berkrim

▪ 800 g Ayam, dipotong kecil
▪ ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
▪ 4 sudu besar Tepung jagung
▪ 1 liter Minyak masak

Bahan-bahan: kuah

▪ 50 g Mentega
▪ 2 ulas Bawang putih, dicincang
▪ 2 tangkai Daun kari
▪ 5 biji Cili padi, dihiris halus
▪ 200 ml Susu cair
▪ 200 ml Air
▪ ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
▪ ½ sudu kecil Garam
▪ ½ sudu kecil Gula
▪ 2 sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan air

Cara Menyediakan Ayam Mentega Berkrim

1. Perapkan ayam dengan AJI-NO-MOTO®.
2. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak masak. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
4. Di dalam kuali, cairkan mentega.
5. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
6. Masukkan susu cair dan air.
7. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Kacau sebati.
8. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
9. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sekata. Sedia untuk dihidang.

Asam Pedas Ikan Pari


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak Asam Pedas Ikan Pari

▪ ½ cawan Minyak masak
▪ 4 sudu besar Asam jawa dilarut dengan 1 cawan air
▪ 2 cawan Air
▪ 1 biji Bunga kantan, dibelah dua
▪ 5 tangkai Daun kesum
▪ ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
▪ 1 sudu kecil Garam
▪ 1 sudu kecil Gula
▪ 5 batang Bendi, dibelah dua
▪ 1 batang Terung, dipotong
▪ 500 g Ikan pari, dipotong

Bahan-bahan A: dikisar

▪ 1 biji Bawang besar
▪ 4 ulas Bawang putih
▪ 20 tangkai Cili kering, direbus
▪ 1 inci Halia
▪ 1 batang Serai
▪ ½ inci Kunyit hidup
▪ 1 cawan Air

Cara Menyediakan Asam Pedas Ikan Pari

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air, kacau sebati.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
5. Masukkan bendi, terung dan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
Sedia untuk dihidang.

Sup Cendawan


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak Sup Cendawan

▪ 6 sudu besar Mentega
▪ 1 biji Bawang kuning, dihiris
▪ 5 ulas Bawang putih, dihiris
▪ 15 biji Cendawan butang segar, dihiris
▪ 3 sudu besar Tepung gandum
▪ 5 cawan Air
▪ 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
▪ 1 ½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
▪ ½ cawan Krim masakan


Cara Menyediakan Sup Cendawan

1. Cairkan mentega.
2. Tumiskan bawang kuning, bawang putih dan cendawan butang sehingga lembut.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan 1 cawan air dan kacau sehingga sebati. 
5. Kisarkan sup sehingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk. Tambahkan lebihan air.
6. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
7. Renehkan sehingga sup sedikit pekat.
8. Masukkan krim masakan. Kacau rata.
Sedia untuk dihidang.

Mee Kari


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak Mee Kari

Bahan-bahan untuk: Kuah kari

▪ ¾ cawan Minyak masak
▪ 4 sudu besar Serbuk rempah kari daging, digaul bersama sedikit air
▪ 250 g Isi ayam
▪ 2 sudu kecil Asam jawa, dicampur dengan 4 cawan air
▪ ½ cawan Santan
▪ 4 sudu kecil Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®
▪ ½ sudu kecil Garam
▪ 1 sudu kecil Gula
▪ 6 biji Tauhu goreng / tauhu lampung, dibelah dua

Bahan-bahan A: dikisar halus

▪ 2 biji Bawang besar
▪ 2 ulas Bawang putih
▪ 1 inci Halia
▪ 1 batang Serai
▪ 6 tangkai Cili kering, dibuang biji dan direbus
▪ 100 ml Air

Bahan-bahan B: bahan sampingan

▪ 600 g Mee kuning, dicelur dan ditoskan
▪ 100 g Isi udang, dicelur
▪ 100 g Isi kerang, dicelur
▪ 1 peket kecil Bebola ikan, dicelur
▪ 4 helai Sawi, dicelur
▪ 50 g Tauge, dicelur
▪ 3 biji Telur rebus, dibelah dua
▪ 2 biji Hirisan cili merah
▪ 30 g Daun sup, dihiris nipis
▪ 2 sudu besar Bawang goreng

Cara Menyediakan Mee Kari

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan (A) bersama pes rempah kari sehingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga separuh masak.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
4. Perasakan dengan Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®, garam dan gula. Akhir sekali masukkan tauhu pok. Kacau dan padamkan api.
5. Masukkan sedikit mee kuning di dalam mangkuk, tuangkan kuah dan hiaskan dengan bahan sampingan. Sedia untuk dihidang.

Kredit Resipi & Gambar : Ajinomoto Malaysia

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Semua resepi nampak sedap terutama asam pedas ikan pari...perghhh!

    ReplyDelete
  2. uuuish dok scroll tengok makanan2.. teruja pulak rasa lapaq hehe..

    ReplyDelete
  3. ajinamoto ni mmg betul penyedap rasa kan... tgk smua makanan ni... sedapnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.