Resipi Murtabak Maggi Mudah Dan Sedap

November 14, 2020

Resipi Murtabak Maggi Mudah Dan Sedap |  Malam ni anak anak dan encik suami tan nak makan nasi. Diaorang cakap kita makan simple simple jer la malam ni. Umi duk fikir nak masak apa la yang simple simple. Terus teringat Murtabak Maggi. Ok kita buat Murtabak Maggi la simple dan mudah. Kenyang pon kenyang. Anak anak dan encik suami cakap OK. Makanya projek masak memasak KakYa malam ni tak lain tak bukan Murtabak Maggi. 

Resipi Murtabak Maggi 

Cara mudah masak mutabak maggi

Bahan Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Murtabak Maggi

- Dua paket Mi segera perisa Kari
- 4 biji telur 
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Cili padi 
- Ayam di potong dadu
- Timun batang di potong dadu

Cara Memasak Murtabak Maggi

- Panaskan air hingga mendidih dan masukkan 2 paket mi segera.  Rebus mi segera hingga masak dan toskan air.

Resipi mudah buat murtabak maggi

- Dalam bekas lain masukkan minyak masak, tumiskan bawang putih dan juga bawang merah dan masukkan ayam yang telah di potong dadu. Masukkan 2 perencah mi segera. Tak perlu masukkan garam sebab perencah tu dah cukup rasa dah. 

- Masukkan cili padi dan tutup api dapur, baru masukkan timun batang yang dipotong dadu.

Resipi mudah buat murtabak maggi
- Masukkan bahan bahan yang telah di masak tadi. Pecahkan telur. Kat dalam gambar tu KakYa letak 3 biji telur tapi tak cukup ngam, jadi KakYa tambah sebiji lagi. 

Resipi mudah buat murtabak maggi
- Gaul bahan bahan semua sekali bagi rata.

Resipi mudah buat murtabak maggi
- Panaskan minyak dan masukkan separuh adunan saja. Kalau masuk semua sekali kan susah sikit nak masak takut cepat hangus kat luar tapi tak masak kat dalam sebab tebal. 

Resipi mudah buat murtabak maggi
- Balikkan bila bahagian bawah dah nampak garing. Angkat bila kedua dua bahagian dah masak sepenuhnya. 

Resipi mudah buat murtabak maggi
- Dah masak 2 bijik Murtabak Maggi KakYa. Yang satu tu terlebih garing la pulak. Tapi takpe la janji sedap. Dah siap angkat masuk pinggan potong dadu dan hidangkan untuk encik suami dan anak anak. Dah boleh makan bersama keluarga. Mudah dan senang kan? 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. hari tu time pkp , murtabak ni famous kan, tapi tak pernah lagi nak cuba

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.