Resipi Kuih Sagu Atau Kuih Bronok

November 19, 2020

Resipi Kuih Sagu Atau Kuih Bronok | Sejak dua tiga harini kan, KakYa teringat betul kat satu kuih ni. Kalau kat belah belah pantai timur kuih ni di panggil kuih bronok. Kalau belah luar kuih sagu namanya. Bila teringat tapi nak dapatkan bukannya semua tempat ada jual makanya kenalah kalau rasa nak makan. Tapi sebelum buat kena la tahu bahan bahan dia dan cara nak buat tu senang ke idok. 


Makanya menggooglelah KakYa cari resipi nak buat kuih bronok ni. Nak buat bila bila tu belakang kira yang penting kita tengok dulu senang ke susah. Kalau senang lagi cepat la kita buat. Kalau susah kita hold dulu hehehe. Alang alang dha cari resipi KakYa tempek jugak la kat sini kot kot ada yang berhajat nak buat. Nanti boleh la try guna resipi ni. Jom kita ... 

Resipi Kuih Sagu Atau Kuih Bronok 

Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Sagu atau Kuih Bronok.

Bahan- Bahan Yang Di Perlukan

▪ 1 cawan sagu putih
▪ 1/2 cawan gula pasir
▪ 2 1/2 cawan air
▪ 1 sudu kecil sirap 
▪ 1 cawan kelapa parut muda
▪ 1/2 sudu kecil garam
▪ Sehelai daun pandan

Cara Penyediaan

1. Basuhkan sagu dengan air dan toskan. Kemudian, panaskan air dan masukkan gula bersama daun pandan. 

2. Bila dah mendidih masukkan pewarna merah. Kacau dan masukkan sagu tadi. 

3. Kacau selalu jangan bagi sagu melekat.

4. Masak dengan api yang sederhana sehingga masak. Nak tahu sagu masak dengan melihat biji putih bertukar menjadi jernih.

5. Angkat dan sejukkan ke dalam bekas. Boleh masukkan dalam peti ais jika suka. 

6. Kelapa parut tadi masukkan garam dan gaul. Bila sagu dah keras, potong kecil ikut citarasa. Golekkan dalam kelapa. Siap! Dah boleh makan. 

Oh mudah sangat cara nak buat kuih bronok ni. Bahan bahan pon tak banyak sangat. Tapi yang susah sikit kat kawasan rumah KakYa ni kelapa parut muda tu la. Huhuhuhu ... Nak kena cari kelpa parut dulu baru boleh buat. Tak sabar aih nak makan kuih bronok ni. Bila boleh makan pon tatau la ni. 

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. kak ana suka ni lya sejuk je masuk mulutkan, teringat bulan2 puasa. Tapi anak2 tak minat kuih2 macam ni jarang nak buat.

    ReplyDelete
  2. baru first time dgr kuih bronok.. dekat penang... kami pgl intan bertabur hahahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.