Rahsia Wajah Awet Muda Dan Cantik Berseri Dengan Amalan Zikir

Rahsia Wajah Awet Muda Dan Cantik Berseri Dengan Amalan Zikir  


Rahsia Wajah Awet Muda Dan Cantik Berseri Dengan Amalan Zikir | Alhamdulillah petang ni KakYa nak kongsikan beberapa rahsia yang korang boleh amalkan untuk wajah awet muda dan cantik berseri. Kadang-kadang kita nampak orang tanpa secalit mekap pun kat wajah dia, tapi dia punya wajah tu kan cantik berseri seri. Cantik yang susah untuk kita gambarkan dengan kata-kata. Macam berseri dari dalam. 

Selain produk kecantikan, kita boleh amalkan zikir sebagai amalan harian untuk kulit cantik berseri dari dalam. Amalan atau petua zikir ini telah yang diajar oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk wajah awet muda, menawan dan berseri. Nak kulit cantik Seperti Saidatina Aisyah r.a amalkan tips ini dari Dato’ Dr. Fatma El-Zahra.

Petua kulit muka cantik dan berseri, Doa untuk wajah cantik seperti bidadari, Rahsia wajah cantik berseri,

Amalan Untuk Awet Muda, Menawan Dan Cantik Berseri


▪ Cara Pertama 

Dilakukan selepas solat Isyak;

•  Ambil air segelas
•  Baca al-Fatihah sekali
•  Ayatul Qursi sekali
•  Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
• Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga. 

▪ Cara Kedua 

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut;

• Baca " Ya Badiyah "1 x
• Baca " Ya Nur " 1x
• Baca " Ya Hadi " 1 x
• Baca " Ya Allah " 3x
• Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari. 

▪ CARA Ketiga 

Amalkan membaca ayat ayat seperti berikut;

• Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah Al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.

• Selepas baca ayat ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

• Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam. 

Jadi jangan lupa untuk amalkan ke semua cara-cara di atas atau pun boleh amalkan 1 cara sahaja ikut kesesuaian. Yang penting kita sendiri perlulah istiqamah mengamalkannya. Semoga berjaya sahabat KakYa semua. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Zikir ni byk kan rahsia dia.. yang mana suka amalkan zikir, mesti muka dia berseri2

    BalasPadam
  2. Terima kasih Kak Ya. InsyaAllah nak cuba amalkan :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.