PKPB Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia Kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan

PKPB Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia Kecuali Perlis, Pahang Dan Kelantan | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan untuk tempoh empat minggu bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan secara automatik bersambung lagi 4 minggu.

PKPB seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula  9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dilaksanakan untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini.

Katanya, ia selepas mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan ketara kes Covid-19.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti selain mengekang penularan Covid-19 di negeri ini.

Beliau berkata, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran polis.

“Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan. Hanya 2 orang sahaja dari rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Manakala, individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz ditutup,” katanya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. semoga kes turun lah balik macam haritu, penat kita semua flaten the curve kan..haih..

    BalasPadam
  2. semoga kita tabah hadapi dan lalui 2020 ni :( huhuhu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.