PKPB Seluruh Kelantan Bermula 21 November Sehingga 6 Disember 2020

PKPB Seluruh Kelantan Bermula 21 November Sehingga 6 Disember 2020 | Kelantan dikenakan PKPB. PKPB di Kelantan akam berkuatkuasa mulai esok 21 November 2020 sehingga 6 Disember 2020. PKPB di Kelantan membolehkan pihak KKM melakukan ujian saringan secara bersasar selain mengurangkan pergerakan orang awam dan komuniti.

PKPB di Kelantan

Menteri Kanan Pertahanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pelaksanaan Bersyarat (PKPB) di Kelantan selama dua minggu mulai esok hingga 6 Disember. Ia berikutan kenaikan mendadak kenaikan kes di negeri ini termasuk 17 kes semalam. 

Selain Kelantan, negeri-negeri yang dikenakan PKPB adalah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak.

Dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPB di empat negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Johor, Melaka dan Terengganu bermula esok.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB masih berkuat kuasa di Kulim, Kedah serta Kota Tinggi dan Mersing, Johor.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan laporan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Penang bila pulak nak habis entah..

    BalasPadam
  2. igtkan Kelantan akan terselamat, rupanya kena juga ..hmmm

    BalasPadam
  3. Semoga covid segera berakhir. Saya di LD, sejak September sehingga ke hari ini belum lagi bebas, malah semakin banyak pula kes!

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.