Muhammad Adam Imran ???

November 02, 2020

Muhammad Adam Imran ???  | Harini Iman ada temujanji dengan Dokor Pakar kat Hospital Kemaman berkenaan jari kaki dia yang patah dua minggu lepas. Arini cukup 2 minggu dan KakYa bawak dia ke hospital untuk jumpa Pakar  Orthopedik.  First time la ni nak jumpa pakar,  makanya kena la daftar dulu. Masa daftar nurse minta kad pengenalan dan jugak refer pada surat temujanji. 

Nampak macam banyak jugak nurse nak settlekan jadi nurse minta KakYa ngan Iman duduk dulu. Nanti dah settle diaorang panggil. Pesakit pon bukan main ramai penuh hingga takde kerusi nak duduk. Tak campur lagi yang duk menunggu lat luar belum panggil masuk. Fuhh ramai jugak ya orang kat bahagian patah riuk ni. Gerun pulak la bila KakYa tengok sorang sorang. Macam macam tempat patah. Ada bahu, ada tangan, ada jari, ada kaki. Ada yang gantung guna anduh ada yang bertongkat. Pendek kata macam macam pesen ada. Aduhai tengok sorang sorang rasa seram sejuk jer. Tapi bukan nak citer bab patah riuk ni tapi citer lain. 

Lama lepas tu nurse yang lain panggil nama Muhammad Adam .. KakYa ni baru nak bangun angkat handbang tup tup orang lain yang bangun. Sebaya lebih kurang jer ngan Iman kalau tengok pada ketinggian dan pertumbuhan dia ni. Tapi bila sampai kat kaunter cakap cakap kejap dia cakap bukan dia. Pastu dia duduk semula. Nurse yang panggil nama tadi panggil lagi sekali. Muhammad Adam Imran. KakYa buat dek jer la moganya bukan nama Iman. Kan bangun kan tak pepasal plak salah dah la tempat duduk pon takde kosong dah. Pastu takde yang bangun nurse panggil lagi Muhammad Adam Imran. Kalini nurse yang tengah duk tulis buku temujanji Iman pulak yang panggil siap ngan kuit tangan panggil Iman. Hahaha konpidem betul dia.


Mak aii KakYa ngan Iman pon bangunla. Sampai kaunter dia tanya la. Muhammad Adam Imran awak kan? Huhuhu Iman cakap la bukan. Pastu dia tunjuk surat temujanji Iman. Ohh bukan Muhammad Adam Imran tapi Muhammad Adam Iman KakYa cakap. Oh ok ok. 

Tadi mintak kad pengenalan siap siap takkan la salah tulis nama jugak. KakYa ngan Iman ni masa  nurse panggil tak pergi la kat kaunter moganya bukan nama Iman. Manalah kita tau dia panggil anak kita rupanya. Huhuhu, salah nama la nurse. Ok nurse tu cakap takpe la awak kena pegi bilik X Ray untuk X Ray. Habis citer kat situ. Lepas dah X Ray terus jumpa Doktor pakar bahagian tulang. Pot pet pot pet apa yang perlu, pastu doktor bagi cuti sakit dan jugak tarikh temujanji baru. Ingatkan kat situ jer la salah tulis nama tapi tak. Yang X Ray pon salah nama. Muhammad Adam Imran jugak. Haduh la.


Masa doktor tulis surat cuti tu doktor tanya la nama Iman, sekolah mana? dan beberapa soalan lain lagi. Kawan ni pon bagitau la dia Muhammad Adam Iman. Ok settle ambik surat cuti dan nurse bagi buku temujanji. Masa ni orang ramai takde la nak check beria ia apa yang doktor tulis. Sampai kat luar baru check balik buku temujanji dan surat cuti. Hadoii masih jugak tulis nama Muhammad Adam Imran kat buku temujanji dan jugak surat cuti. Doktr pon salah tulis nama. Dah kenapa Muhammad Adam Imran jugak yang ditulisnya. Berkenan benor ke kat nama tu. Huhuhuhu. Atau ada apa dengan nama Muhammad Adam Imran sebenarnya ni?? 


KakYa baiki sendiri jer la nama kat buku temujanji dan cuti sakit Iman. Sekali fikir macam kelakar pulak rasa sebab bukan sekali nama salah tapi berkali kali dalam masa yang sama. 

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Lebih kurang ejaan tu Kakya :) Moga Iman diberi kesembuhan aamiin

    ReplyDelete
  2. saya pernah sekali pergi hospital bahagian patah riuak ni. memang rasa nak pitam dan lembik lutut2 tengok pesakit kat situ. Ada yang dah macam antena tv bercacak2 besi kat kaki.

    ReplyDelete
  3. aduh, mcm mna nak perbetulkan nama ni, asyik salah jer diorg.. buat kita confuse kan

    ReplyDelete
  4. Lekat terus nama imran tu ye. salah tulis memang buat orang keliru lah kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.