Kempen Zakat Saham Bersama Lembaga Zakat Selangor

Kempen Zakat Saham Bersama Lembaga Zakat Selangor | Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengajak orang ramai yang layak untuk sama sama menyertai Kempen Zakat Saham yang telah bermula pada 15 September 2020 dan akan berakhir 30 November ini. Jadi jangan lupa sama sama join jika korang layak. 

Ok sebelum KakYa teruskan dengan Kempen Zakat Saham yang di anjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), KakYa nak cerita sikit kat korang mengenai Zakat Saham. Ya! Zakat Saham. Ada yang tak tahu lagi mengenai Zakat Saham, jadi KakYa cerita serba sikit apa itu Zakat Saham untuk korang lebih faham.

Zakat Saham 

Tahukah korang selain Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat KWSP, Zakat Emas dan Perak serta Zakat Pertanian, ada satu lagi zakat yang perlu kita tunaikan jika berkenaan iaitu Zakat Saham. 


Zakat Saham? Apabenda pula Zakat Saham ni?Perkataan Saham berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki. Sepertimana yang kita ketahui, saham adalah wang yang dilaburkan dalam sesebuah syarikat atau perniagaan.

Contohnya saham dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan atau nilai saham tersebut di pasaran saham.

Dalil Wajib Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Sabda Rasulullah s.a.w:

Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Syarat Wajib Zakat Saham Dan Pelaburan 


Syarat wajib zakat saham adalah seperti berikut:

Islam
• Diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.

Milik Sempurna
• Mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.

Milik Pihak Tertentu
• Saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat

Cukup Nisab
• Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.

Cukup Haul
• Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.

Halal
• Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.

Zakat = (nilai pelaburan di hujung Haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5%

Contoh Pengiraan Zakat Saham 

KakYa sertakan di sini contoh pengiraan Zakat Saham lebih detail untuk memudahkan korang faham. Berikut cara pengiraannya;

Encik Ali membeli saham ABC 20,000 unit pada Januari 2018 dengan harga RM2 seunit. Pada Februari , Encik Ali menjual semual sahamnya dengan nilai RM80,000 pada harga RM4 seunit. Encik Ali mengekalkan wang tersebut dalam akaun CDS sehingga penghujung tahun. Berapakah zakat yang dikenakan kepada Encik Ali? Sama sama kita kira. 

Kaedah Kiraan Zakat 

▪ Nilai saham ABC satu unit = RM2
20,000 unit × RM2 = RM40,000 (modal)

▪ Keuntungan (kenaikan harga)
1 unit = RM4
20,000 unit × RM4 = RM80,000

▪ RM80,000 × 2.5% = RM2,000

Nilai zakat di wajibkan adalah 2.5 daripada nilai pelaburan di hujung haul. Jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan. 

Sekiranya korang masih lagi keliru dengan pengiraan zakat saham, korang boleh membuat rujukan melalui Lembaga Zakat Selangor samaada datang sendiri ke LZS atau korang boleh juga menggunakan platform media sosial  untuk pertanyaan atau berhubung melalui talian telefon untuk maklumat lebih lanjut. 

Jom Sertai Kempen Zakat Saham Anjuran Lembaga Zakat Selangor 

Lembaga Zakat Selangor menjemput semua pembayar zakat saham untuk sama sama menyertai Kempen Zakat Saham yang telah bermula sejak 15 September lalu. 


Langkah Langkah Untuk Menyertai Kempen Zakat Saham 

Berikut dinyatakan langkah langkah yang perlu diikuti untuk menyertai kempen ini;

▪ Pertama, buat bayaran zakat saham menerusi platform berikut iaitu fpx.zakatselangor.com.my/
di 23 cawangan Lembaga Zakat Selangor atau di semua ejen kutipan LZS.

• Selepas membuat bayaran zakat saham, sila imbas kod QR atau layari bit.ly/zakatsaham20202 dan jawab soalan mudah yang disediakan serta lengkapkan maklumat diri. 

Menerusi penyertaan dalam kempen Jom Sertai Kemlen Zakat Saham ini, pemenang berpeluang memenangi telefon pintar bernilai RM1,000, tablet bernilai RM600, tiga baucar pusat beli belah AEON bernilai RM100 dan lima hadiah saguhati berbentuk cenderahati daripada Lembaga Zakat Selangor. 



Letakkan Zakat No 1 Di Hati

Sebagai seorang Muslim kita di wajibkan menunaikan zakat kerana dengan mengeluarkan zakat akan dapat membersihkan jiwa dan mensucikan harta kita. Selain itu, melalui zakat juga harta akan lebih berkat InsyaAllah. Jadi, jangan lari dari menunaikan tanggungjawap dengan pelbagai alasan kerana membayar zakat adalah satu kewajipan. Ingat ya! Zakat wajib di bayar. 

Maklumat lanjut mengenai Lembaga Zakat Selangor, sila layari laman tertera di bawah;

Instagram: zakatselangor

Alhamdulillah semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua dan memberi lebih info mengenai saham yang perlu juga dizakatkan. Terima kasih dari KakYa buat pembaca semua. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Serius dni tak perasan rupanya ada juga zakat kategori saham. Tak peka sebab takde beli saham. Tapi tetap kena ambil tahu juga kan.. tq kakYa sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Dini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah

      Padam
  2. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.