Jika Nak Bahagia

November 13, 2020

Jika Nak Bahagia |  Jika nak bahagia jangan lupa doakan untuk orang lain juga. Bila kita selalu mendoakan kesejahteraan orang lain, hati kita akan selalu tenang, tak ada buruk sangka dan iri hati. Kita akan bahagia apabila kita meyayangi orang lain. Apabila saling meyayangi ikatan akan menjadi lebih akrab.

Nikmatilah erti kebahagiaan walaupun kita merasa hanya seketika saja. Jika kita rasa kita tak bahagia, pandanglah di luar sana betapa ramai yang tak menemukan kebahagiaan yang diimpikan.

Hargailah dan nikmatilah, kebahagiaan hakiki itu apabila kita sentiasa dekat dengan Allah. Kita akan berasa kekosongan jika kita merasakan kita leka dalam menuruti perintahNya.

KakYa doakan sahabat-sahabat semua semoga:
- Dikurniakan rezeki berlimpah ruah yang sentiasa berterusan
- Dilapangkan segala kesulitan
- Disembuhkan, dipelihara daripada segala penyakit
- Dimakbulkan segala hajat 
- Dipermudah segala urusan
- Dikurniakan kesihatan yang baik
- Dikurniakan pahala kebaikan yang berlipat ganda oleh Allah
- Diampunkan segala dosa
- Mati dalam husnul khatimah
- Dikurniakan syurga tanpa hisab

Doa yang sama untuk keluarga, keturunan sahabat sahabat termasuk KakYa sendiri. Aamin aamin Ya Mujib.

Tanda Sayang,
KakYa ⚘
www.akifimtiyaz.com
13 November 2020


Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.