Hidup Yang Berkat

Hidup Yang Berkat | Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl:97)

Apabila membicarakan tentang perkara yang berkaitan dengan barakah, setiap manusia mahukan kehidupan yang dilimpahi dengan keberkatan. 

Ini kerana sesuatu yang Allah SWT kurniakan barakah kepadanya pastinya akan mencukupi walaupun ianya jika dilihat dari segi angka, bilangan dan nombor adakah jumlah yang kecil atau sedikit.

Keberkatan hidup seseorang muslim adalah bergantung kepada sejauhmana keikhlasan dirinya kepada Allah SWT. 

Apabila seseorang mengikhlaskan diri dan membetulkan niat dalam kehidupan sudah tentu akan menemui keberkatan dalam apa juga perkara yang dilakukan.

Antara sebab yang menjadikan seseorang muslim itu diberkati Allah SWT dalam kehidupannya adalah melalui sejauhmana keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah Yang Maha Besar. 

Sebagaimana yang dinukilkan di dalam ayat suci al-Quran menerusi surah al-Araf ayat 96 yang bermaksud “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.

Keberkatan bukan bermakna mempunyai nilai wang ringgit yang banyak, kenderaan mewah atau rumah yang besar, keberkatan secara mudahnya merujuk kepada sesuatu yang sedikit tetapi berkecukupan malahan kebaikannya berterusan umpama mata air jernih yang sentiasa mengalir yang memberi manfaat kepada seluruh manusia.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam barokah Illahi. Aamin aamin. 

Kredit: Ikim Fm

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Aamiin. PC selalu risau. "Hidup aku ni berkat ke tidak". Selalu fikir macam ni KakYa.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.