Doa Dan Amalan Waktu Pagi

Doa Dan Amalan Waktu Pagi | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dariNya dapat KakYa berkongsi ilmu buat sahabat pembaca blog KakYa untuk malam ini. Malam ni KakYa nak kongsikan satu perkongsian daripada Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa berkenaan Doa Dan Amalan Waktu Pagi. Mengikut perkongsian dari Ustazah sebelum kita memulakan aktiviti harian kita di waktu pagi, jangan lupa mulakan dengan;  

▪ Niat Dan Doa

Doa di pagi hari :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا

وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”

(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

Niat: 
Sahaja aku bekerja dan berniaga kerana Allah Taala. Jadikanlah lisanku, perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat dan kurniakan pahala serta rezeki melimpah ruah lagi banyak buat kami. Tutupi aib kami dan selamatkan kami dunia akhirat.

▪ Hadiahkan Al-Fatihah kepada nabi, sahabat dan keluarga baginda.

▪ Hadiahkan Al-Fatihah kepada ibu bapa, diri sendiri, suami, anak-anak, kawan-kawan dan semua umat islam.

▪ Selawat dan Istigfar setiap saat (lebih 100x) 

▪ Baca Doa Dhuha 
- Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

▪ Baca Zikir dibawah 100x
Ya Mughni - Maha Memberi Kekayaan 
Ya Ghaniy - Maha Kaya
Ya Fattah - Maha Pembuka Rahmat
Ya Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 
Ya Latiff - Maha Lembut terhadap hambaNya 
Ya Rahman - Maha Pemurah 
Ya Rahim -Maha Penyayang 
Ya Wahhab - Maha Pemberi 

Sumber: Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa

Catat Ulasan

0 Ulasan