Doa Abu Darda

Doa Abu Darda

Doa Abu Darda | Alhamdulillah perkongsian pagi ini, KakYa nak kongsikan mengenai satu doa iaitu Doa Abu Darda. Doa ini untuk perlindungan diri dan keluarga, juga harta dan pagar rumah. Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. KakYa biasa amalkan doa ni pada waktu subuh iaitu selepas solat fardhu subuh. 

Doa menyelamatkan diri dan harta dari malapetaka, Kelebihan Doa Aku Darda

Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan juga harta dipelihara oleh Allah.

Maksud Doa Abu Darda 

Apakah maksud Doa Abu Darda. Maksud Doa Abu Darda.  Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal dan Engkau Tuhan Arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, Dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi.

Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu. Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku. Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata. Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.