Doa Pembuka Ijabah
Amalkan Doa Pembuka Ijabah Untuk Doa Cepat Makbul | Apa itu Doa Pembuka Ijabah? Malam ini KakYa nak kongsikan untuk korang, sahabat pembaca blog KakYa mengenai satu doa iaitu Doa Pembuka Ijabah. Doa Pembuka Ijabah adalah doa salah seorang sahabat yang diakui sebagai doa pembuka yang baik oleh Rasulullah SAW.
Cara Amalan Doa Pembuka Ijabah
Setiap doa memiliki keistimewaan tersendiri. Salah satunya adalah doa yang dapat menjadi pembuka ke atas dikabulkan doa-doa lain yang diharapkan oleh seorang hambaNya. Kita sebagai umat islam diunjurkan berdoa tanpa rasa jemu dan jangan sesekali berasa lelah jika doa yang kita pohon kepada Allah SWT belum dimakbulkan lagi. Bukan kerana Allah tak pandang, bukan kerana Allah tak sayang tapi kita harus percaya ada rezeki yang kita jarang nampak dengan mata hati. Jadi sama samalah kita amalkan Doa Pembuka Ijabah terlebih dahulu sebelum kita berdoa atau memohon sesuatu hajat.
Semoga perkongsian KakYa kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib.
3 Ulasan
Tq for sharing. Banyak rahsia doa.
BalasPadamamin amin, Ya rabbal alamin
BalasPadamAdakah
BalasPadamDibaca waktu selesai solat atau di tahiyyat akhir sebelum salam
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.