3 Doa Untuk Anak Supaya Menjadi Anak Soleh Dan Solehah

November 14, 2020

3 Doa Untuk Anak Supaya Menjadi Anak Soleh Dan Solehah | Antara ciri-ciri anak yang soleh dan solehah adalah mendengar kata ibu bapanya. Namun, sejauh mana kita mampu memantau anak-anak? Hanya doa dan tawakal yang berterusan kepada Allah menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada perkara perkara yang tidak diingini. 

Di bawah ini KakYa senaraikan tiga himpunan doa-doa yang baik diamalkan agar anak menjadi anak soleh dan solehah. 

Doa buat anak soleh dan solehah 

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran)


Doa buat anak soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat)


Doa buat anak soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita sebagai ibubapa. Sama sama kita amalkan. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.