Semakan Status Dan Permohonan Baru BPN 2.0 Bermula 15 Oktober Sehingga 15 November 2020

Semakan Status Dan Permohonan Baru BPN 2.0 Bermula 15 Oktober Sehingga 15 November 2020 | Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 telah di buka untuk semakan dan juga permohonan baharu bermula 15 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 15 November 2020. Untuk permohonan baru BPN 2.0, disarankan secara dalam talian di portal rasmi BPN. 

Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 telah di buka untuk semakan dan juga permohonan baharu bermula 15 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 15 November 2020

Apakah BPN 2.0?

Bantuan BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik Covid-19. 

Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.

Siapakah yang layak menerima BPN 2.0
Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. 

Adakah saya perlu membuat permohonan untuk BPN 2.0
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. 

Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0
Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020 (1 bulan).

Pembayaran BPN 2.0

Berapakah bayaran BPN 2.0 yang akan di terima?
Jumlah bayaran yang akan di terima adalah seperti tertera di bawah;

Kategori Isi Rumah B40 (Pendapatan RM4000 ke bawah) - Bayaran Fasa Pertama RM700 dan Fasa Kedua RM300. Jumlah keseluruhan RM1000.

Kategori Isi Rumah M40 (Pendapatan  RM4001 hingga RM8000) - Bayaran Fasa Pertama RM400 dan Fasa Kedua RM200. Jumlah keseluruhan RM600. 

Kategori Bujang B40 (Pendapatan RM2000 ke bawah) - Bayaran Fasa Pertama RM350 dan Fasa Kedua RM150. Jumlah keseluruhan RM500.

Kategori Bujang M40 (Pendapatan RM2001 hingaa RM4000 ) - Bayaran Fasa Pertama RM200 dan Fasa Kedua RM100. Jumlah keseluruhan RM300. 

Bilakah tarikh pembayaran akan dibuat?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut;
- Penghujung bulan Oktober 2020
- Awal bulan Januari 2021

Bagaimanakah kaedah bayaran yang dilaksanakan?
Kaedah pembayaran adalah mengikut kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini melalui akaun bank dan tuntutan tunai di Cawangan BSN. 

Semakan Status BPN 2.0

Bila dan bagaimana semakan status BPN 2.0 boleh dibuat?
Penerima BPN  sebelum ini yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.