Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1442H

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1442H | Tarikh sambutan Maulidur Rasul 2020 jatuh pada 12 Rabiulawal 1442H bersamaan 29 Oktober 2020 dengan tema “Ummah Rabbani Negara Harmorni”. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak.


Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1442H

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia kerana pada tarikh ini lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Sambutan Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah.

Sama sama kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W dengan penuh yakin serta menginsafi diri.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.