Petua Elak Lupa Ayat Hafalan | Jika anda pernah menghafal Surah Mulk, Yasin, Sajadah dan lain lain antara perkara paling merisaukan ialah kita terlupa ayat hafalan ketika membacanya dalam solat. Ya! Kadangkala kita ingat dan kadangkala kita boleh jadi terlupa.
Jadi bagaimana untuk kita mengelakkan terlupa ayat hafalan. KakYa nak kongsikan dengan sahabat pembaca blog KakYa, 3 petua yang di kongsikan oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayobb Al-Hafiz dalam perkongsian di facebook page beliau. Berikut adalah perkongsian Ustaz BAGAIMANA NAK INGAT SEMULA AYAT HAFALAN DENGAN CEPAT. Antara yang boleh di amalkan adalah;
1) PERBANYAKKAN ISTI’AZAH
Rujuk: Surah Kahfi ayat 63.
Jika nabi pun diganggu hingga terlupa, apatah lagi kita. Mana tok guru pesan, perbanyakkan isti’azah sebagai tanda permohonan agar Tuhan jauhkan dari gangguan syaitan. InsyaAllah, ayat yang terlupa akan mudah diingati semula.
2) PERBANYAKKAN SELAWAT
Hafal ayat Al-Quran merupakan sebesar nikmat dan rahmat. Jika terlupa, itu petanda satu RAHMAT Allah telah ‘ditarik’ dari kita. Maka, cara paling berkesan untuk mengundang kembali rahmat Allah ialah melalui selawat.
Nabi berpesan, siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Tuhan akan berselawat kepadanya 10 kali. Tok guru kata, antara bentuk ‘selawat’ Tuhan kepada kita ialah dengan mendatangkan keampunan, barokah dan rahmatNya.
Moga rahmat yang datang dariNya dalam bentuk memudahkan kita ingati semula ayat yang dilupai.
3) PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Kita terlupa bukan disebabkan otak ‘berkarat’ tetapi maksiat yang berkarat di hati. Pesan ulama, ayat Al-Quran ni umpama air. Maksiat pula seperti minyak. Tak mungkin keduanya bercampur.
Dahulu Imam Syafie pun pernah ada masalah kerap terlupa. Maka tok gurunya Imam Wa’qie berpesan, perbanyakkanlah istighfar kerana ia boleh menghilangkan karat maksiat dari hati.
Jika hati sudah bersih, senanglah ayat Al-Quran nak ‘landing’ di dalamnya.
PRAKTIKAL :
Cuba baca 3 zikir ini untuk cepat ingati semula ayat yang dilupai. Bahkan, ia juga boleh diamalkan jika kita terlupa apa-apapun.
Cumanya, jika masalah terlupa kerap sangat berlaku walaupun dah amalkan zikir ini, anda perlu perbaiki asasnya iaitu, cara anda menghafal.
Mungkin kita mudah terlupa atau terkeliru ayat hafalan kerana ‘coding process’, cara menghafalnya tidak berapa tersusun. Kalau dari awal cara menghafalnya tak cantik sangat, memang sampai ke sudahlah kita asyik terlupa.
Ustaz Mohammad Asraff Ayobb Al-Hafiz
2 Ulasan
thank you sharing ni
BalasPadamThank you sharing. Boleh la mintak anak amalkan tips ni untuk hafazan diorang :)
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.