Penggemar Kopi Perlu Cuba Mister Coffee

October 11, 2020

Penggemar Kopi Perlu Cuba Mister Coffee | Hari takkan sempurna tanpa menghirup secawan kopi. Ya betul! Kalau korang penggemar, mesti korang rasa tak selesa kalau sehari tak minum kopi kan? Rasa cam ada yang tak kena jer bila tak pekena secawan kopi. KakYa dan suami memang suka kopi dan wajib minum kopi paling kurang secawan sehari. Sepertimana yang kita tahu, kopi adalah minuman kegemaran ramai yang tak perlu diperkenalkan lagi.  Kajian menunjukkan lebih 500 juta cawan kopi telah dinikmati setiap tahun sekaligus menjadikan kopi minuman digemari seluruh dunia. Sebagai salah seorang penggemar kopi , KakYa sangat berbesar hati dapat mencuba kopi keluaran Malaysia iaitu Mister Coffee

Blogger review Mister Coffee

Kopi Terbaik Dari Mister Coffee

Korang pernah dengar mengenai Mister Coffee? Ok kalau korang belum mengenali Mister Coffee jom KakYa citer dulu sikit sebanyak mengenai Mister Coffee. Sebelum kita pergi lebih jauh, KakYa nak warwarkan dulu kat korang, kopi keluaran Mister Coffee adalah disahkan HALAL oleh JAKIM dan korang boleh minum tanpa was was. Ok jom kita review Mister Coffee. 

Review Mister Coffee

▪ Mister Coffee satu jenama yang tak asing lagi di Malaysia. Jenama ini telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1982 menjadikan Mister Coffee salah satu pengeluar kopi paling maju dan inovatif dalam industri kopi hari ini. 

▪ Mister Coffee adalah perniagaan milik keluarga yang telah beroperasi selama lebih dari 3 Generasi dengan mengekalkan rasa Nostalgia kopi yang tidak akan dapat di tempat lain. 

▪Mister Coffee diberi hak istimewa untuk menjadi salah satu Perintis Pod Kopi di Asia. 

▪Mister Coffee memastikan bahawa setiap langkah dilakukan sesuai dengan piawaian tertinggi, dari akar produksi hingga pengiriman setiap produk dan perkhidmatan. 

▪ Mister Coffee dianggap sebagai pembekal OEM terkemuka untuk banyak jenama kopi lain di Malaysia. 

▪ Mister Coffee selalu mengikuti perkembangan dan perkembangan terkini dunia F&B dengan terus mengikuti Pameran Perdagangan Antarabangsa.

Mister Coffee Menepati Citarasa Kopi Yang KakYa Suka

Kalau tanya KakYa, adakah KakYa suka dengan rasa kopi Mister Coffee. Yes! KakYa suka semua rasa kopi yang KakYa dan cuba. Alhamdulillah semua sedap dan paling penting KakYa takde rasa sakit kepala lepas minum kopi dari Mister Coffee. Kekadang kalau kita minum kopi yang kia tak biasa minum, mudah sakit kepala kan? KakYa pon gitu, kalau tak kena dengan kopi yang minum akan jadi sakit kepala. Tapi dengan Mister Coffee takde rasa sakit kepala lepas minum kopi. Kiranya memang boleh minum la. 

Jom KakYa nak citer sikit mengenai kopi Mister Coffee yang KakYa dah cuba. 

Review blogger Mister Coffee

Mister Coffee BagBrew

BagBrew dari Mister Coffee adalah kopi yang KakYa paling suka dalam banyak banyak pilihan dari Mister Coffee. Antara tiga pilihan BagBrew Dark Roast ni opkos KakYa suka BagBrew Liberica Dark Roast. 

Mister Coffee BagBrew
Mister Coffee BagBrew

BagBrew Liberica Dark Roast
Kopi Liberica Dark Roast mempunyai rasa pekat kopi yang lebih padu dan kena dengan selera KakYa. Opkos KakYa suka kopi tanpa gula dan Liberica Dark Roast memang umphhh. KakYa suka minum Liberica Dark Roast pada waktu petang.

BagBrew Italian Style Dark Roast
Kopi Gaya Itali ini mempunyai rasa pahit juga tapi tak sekuat rasa Liberica Dark Roast. KakYa suka jugak tambah sedikit susu kalau minum waktu pagi. Kebiasaannya KakYa minum Italian Style Dark Roast pada waktu malam kekadang pagi. 

BagBrew Colombia Dark Roast
Kopi gaya Colombia ini mempunyai rasa yang kurang menyengat berbanding Liberica Dark Roast dan Italian Style Dark Roast. Ada bau harum dan rasa yang sempurna untuk secawan kopi di waktu pagi. Pagi pagi memang best layan aroma kopi gaya Colombia dari Mister Coffee. 

BagBrew Liberica Dark Roast
BagBrew Liberica Dark Roast

BagBrew 100% Coffee Original
Kopi panggang 100% di dalam beg kopi. KakYa suka minum kopi kosong tanpa gula dan rasa kopi BagBrew 100% Coffee Original sangat sangat best kalau korang betul betul nak menghayati enaknya rasa kopi sebenar. 

BagBrew 100% Coffee Original
BagBrew 100% Coffee Original

BagBrew 100% Coffee Sugar Added
Kopi panggang 100% dengan gula yang ditambahkan ke dalam kantung kopi. Kalau korang suka kopi yang dah tersedia bersama gula, korang boleh pilih BagBrew 100% Coffee Sugar Added. Rasa dia ok takde rasa pahit sangat biasa biasa jer, manis pon takde rasa sangat. Kalau korang jenis minum kopi bersama gula korang kena tambah gula sikit bagi rasa ummppphhhh. Kalau untuk KakYa yang memang biasa minum kopi tanpa gula, 
rasa kopi BagBrew 100% Coffee Sugar Added dah boleh di terima.

BagBrew 100% Coffee Sugar Added
BagBrew 100% Coffee Sugar Added

EasyBrew Premium 100% Coffee
EasyBrew Premium 100% Coffee. EasyBrew cara pembuatan kopi yang cukup mudah. Hanya masukkan air panas dan bancuh! EasyBrew menggunakan Fine Mesh Filter Coffee Bag yang membolehkan rasa kopi keluar dan menghasilkan secawan kopi yang sedap, lazat dan segar. Rasa kopi yang lazat dengan aroma memikat pastinya menjanjikan kepuasan buat pencinta kopi. 

EasyBrew Premium 100% Coffee
EasyBrew Premium 100% Coffee

Mister Coffee DripBrew

Sediakan air panas untuk secawan kopi. Masukkan kopi ke dalam cawan dan tuang air panas sedikit demi sedikit untuk basahkan kopi. Tunggu seketika dan tuangkan air panas anggaran 200ml. Tunggu seketika sebelum kopi di serap sepenuhnya. 

Review mister coffee halal jakim

DripBrew Sumatra
Rasa kopi yang kuat dan sangat sesuai di minum pada waktu santai.

DripBrew Malaysia Liberica
Rasa kopi yang unik dan luar biasa. Semestinya rasa yang best dan idak terlalu kuat. 

DripBrew Kilimanjaro
Rasa kopi dengan rasa buah yang lembut. Sangat sedap di minum dan tak terasa pekat kopi.

DripBrew Ethiopia
Rasa kopi dengan rasa buah dan bunga bungaan. 

DripBrew Colombia 
Rasa kopi yang ringan dan tak terlalu pekat. Sekadar rasa kopi yang bersahaja. 

DripBrew Ethiopia Mister Coffee
DripBrew Ethiopia

Bagaimana Nak Dapatkan Kopi Dari Mister Coffee

Korang yang memang tercari cari kopi terbaik dengan aroma memikat, KakYa syorkan untuk cuba Mister Coffee. Coffee lovers patut cuba Mister Coffee. Cara nak dapatkan Mister Coffee korang boleh terus klik pada link kat bawah;


Artikel Menarik yang Lain

6 Sahabat Setia

  1. Selamat mengopi. Suka aroma kopi, tapi kalau minum kopi susah nak tidur malam... ahaks!

    ReplyDelete
  2. packaging dia pun cute and simple

    ReplyDelete
  3. tak pernah nampak pun kopi ni, tapi mcm kena try! hope jumpa nanti dekat kedai mana2

    ReplyDelete
  4. Ni suami saya mesti suka nih..Dia penggemar black coffee.

    ReplyDelete
  5. ya Allah. tak boleh tahan ni kalau bab kopi, nak beli jugaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.