Pakej Rawatan Harga Terendah Dari iREHAB

Pakej Rawatan Harga Terendah Dari iREHAB| Musim pandemic COVID 19 yang melanda sekarang ini menyebabkan pergerakan kita agak terbatas. Bukan pada kita yang sihat sahaja malah yang tidak sihat juga terpaksa menghadkan pergerakan mereka dalam sesi temujanji rawatan penyakit yang mereka alami.

Disebabkan pandemic COVID19 ini juga, pesakit mungkin menghadapi kesukaran untuk menghadiri sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy kerana semua hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan jumlah pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu satu masa. Ini menyebabkan ramai pesakit terpaksa menunda sesi rawatan mereka buat seketika. 

Ada sesetengah pesakit yang terpaksa menangguhkan sesi rawatan agak lama kerana jadual sesi rawatan telah di ubah dan sebagainya. Tapi lain kisahnya di iREHAB. Di iREHAB pihak mereka mengharapkan agar pesakit yang memerlukan rawatan dapat meneruskan sesi rawatan yang telah di syorkan seperti biasa walaupun di musim COVID19. 


iREHAB Pusat Pemulihan Rawatan Pergerakan Pesakit

Bagi yang belum mengenali iREHAB,  KakYa citer sikit mengenai iREHAB untuk korang lebih mengenali iREHAB. Infinite Rehabilition ( M ) Sdn. Bhd. yang juga dikenali sebagai iREHAB merupakan pusat pemulihan yang menawarkan rawatan kepada individu  menjalani proses pemulihan daripada penyakit saraf seperti lumpuh dan juga fisioterapi yang membantu mencegah, mengenal pasti, membetulkan  serta melegakan ketidakfungsian pergerakan dengan memberi penekanan kepada pergerakan pesakit.  

iREHAB Menawarkan Pakej Rawatan Harga Terendah

Pihak iREHAB sangat prihatin diatas kesukaran yang dihadapi oleh anda dalam menjalani rawatan di musim COVID19 ini. Oleh sebab itu, pihak iREHAB menawarkan pakej rawatan terbaik dengan harga terendah dan mampu bayar untuk pesakit supaya mereka masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan dengan lebih cepat dan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan. Semoga dengan rawatan berkala yang lebih baik proses penyembuhan akan dapat berjalan dengan baik dan sempurna. 

Rebut Peluang Istimewa Sesi Rawatan Di iREHAB

Untuk urusan temujanji di iREHAB, pesakit hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital berserta dengan tarikh yang dihadiri atau perlu hadiri untuk mendapat harga diskaun menarik di iREHAB. Yes! Menarik bukan tawaran dari iREHAB. Jadi jangan lupa untuk merebut peluang istimewa ini dan kunjungi iREHAT sekarang juga bagi sesi rawatan yang lebih baik. 

Maklumat Lanjut Mengenai iREHAB

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai iREHAB, korang boleh hubungi mereka di talian 012-9061690 atau 017-9880324 untuk membuat temujanji. Boleh juga layari laman tertera di bawah untuk mendapatkan lebih info dan maklumat;


Semoga perkongsian ini dapat membantu lebih ramai lagi pesakit di luar sana mendapat rawatan terbaik dengan diskaun menarik dan harga mampu bayar. InsyaAllah. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah, ade juga tempat buat rawatan sususlan.. Harga rendah memehami masyarkat tengah menghadpi pandemik

    BalasPadam
  2. mudahnya ada pusat terapi mcm ni..semoga mereka yang mencari akan jumpa jalan penyelesaian untuk teruskan rawatan semasa PKP ini terutama yang ada penyakit kronik dan yg sangta perlukan rawatan.

    BalasPadam
  3. wahh ada pakej rawatan terendah juga rpnya

    BalasPadam
  4. selamat ada irehab, boleh a juga pesakit teruskan rawatan ni

    BalasPadam
  5. Bagus mention awal ikut SOP. Takdelah takut nak guna service irehab.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.