Jari Kaki Iman Patah

October 20, 2020

Jari Kaki Iman Patah | Cerita malam semalam, Iman call dari asrama dalam pukul 6 petang duk nangis nangis bagitau sakit jari kaki sebab kena sepak oleh kawan masa main bola sepak kat asrama. Ya la tengah tengah duk main tetiba jer kena. Mula mula dia ingatkan seliuh jari kaki jer. Dalam kul 5 lebih dia bagitau kat warden dan warden cakap nanti Cikgu bawak pegi hospital malam nanti. Pastu tak sampai 10 minit dia call lagi, cakap jari kaki dia bengkak dan bengkok pastu minta KakYa dan suami datang kat asrama bawak dia pergi hospital. Dia cakap warden suruh Umi yang hantar. Aduhla dah kenapa pulak mak ayah yang kena berkejar ke sana nak kena hantar sedangkan itu tugas warden. Ya la kat asrama tu dengan rumah kami ni jauh la jugak untuk dia tunggu. Sepatutnya warden hantar dulu dan call kami. Tapi takde, Iman sendiri yang call. Iman pon masa call nangis nangis sebab sakit katanya. 

Jari kaki patah apa nak buat

Masa dia call dah dekat nak maghrib dah, jadi KakYa dan suami solat maghrib dulu sebelum ke asrama. Kami sampai sana dan nampak Iman duk tunggu kat pondok pengawal. Masa tengok jari kaki dia memang bengkak dan bengkok sikit. Tak macam biasa. Solat maghrib pon dia solat atas kerusi sebab sakit sangat jari kaki nak berdiri pon tak boleh.

Jari kaki patah apa nak buat

Terus la KakYa bawak ke Hospital Kemaman. Kat Hospital Kemaman, dalam sejam jugak menunggu sebab banyak kes kecemasan. Bila dah jumpa Doktor dan buat x Ray baru tahu jari kaki dia patah. Doktor tanya la bila kena, kat mana, kenapa baru datang tak datang petang masa kena tu. Aduhla KakYa cakap la warden nak hantar malam. Doktor bagitau sepatutnya datang la awal sebab ni jari makin sakit dan retak banyak la sebab berjalan banyak dah. Huhuhuhu ya la mana dia tahu jari tu patah. Dia jalan cam biasa jer la. Doktor cakap sepatutnya jalan dengan tumit jer sebab patah. Tapi tu la dia pon tatau patah kalau tau dia jalan ngan tumit jer. Allahuakbar Doktor cakap kena simen la tak nak bagi jari tu bergerak sangat nak bagi duk diam jer. 

Aduh simen pulak? KakYa tanya la boleh tak kalau tak simen sebab dia pon budak sangat lagi. Tak nak la simen. Lepas bincang dengan dua Doktor lain, doktor tu cakap takpe jer tak simen letak kapas tebal antara dua jari dan tape tak nak bagi jari tu bergerak sangat. Alhamdulillah settle masalah tak perlu simen. Makanya kena berhati hati lebih la agar masa berjalan tu jari kaki tak langgar apa apa dan kena kurangkan berjalan nak bagi cepat baik. 

Jari kaki patah apa nak buat

Makanya bertabahla ya Iman duk kat rumah 15 hari. Dapat MC selama 15 hari. Tatau la camne nak lalui kebosanan tak pegi sekolah, semalam pon hari pertama tak pegi sekolah duk ulang ulang ayat sama jer "Umi puas la Umi rasa nak balik asrama nak pegi sekolah la. Nanti bulan 12 nak preksa dah kalau tak pegi banyak pulak tertinggal belajar nanti Umi ..." Aduhai anak sabarlah ya. 15 harini tolongla bertabah ya. Nak buat camne benda nak jadi kita redha jer la. Banyakkan bersabar. Takpe la tahun ni awak baru tingkatan 1 takpe la tertinggal pelajaran pon janji jari kaki awak tu baik elok. Dah sihat elok nanti boleh la balik semula ke asrama. 

Tengok dia cam gini kan... Umi pulak sedih nak nangis jer rasa. Semalam pon duk nangis sama sama. Sakit sakit duk ulang. Sabar ya nak .. Umi doakan Iman cepat sembuh. InsyaAllah Aamin aamin Ya Mujib. 

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. iman, dalam sakit pun masih igt study... he is a strong boy betul.. get well soon ok

    ReplyDelete
  2. semoga segera sembuh..kesian dia ya

    ReplyDelete
  3. Tu yang malas tu kalau nak mengadap warden macam ni. Habis tu tugas warden setakat ronda bilik ke bilik je ke?

    Kalau rumah jauh sampai 1-2 jam perjalanan naya je kat budak.

    semoga Iman cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. moga iman diberi kesembuhan ye kak. aamiin.
    tapi dalam waktu mc ni pun mgkin boleh follow up dgn cikgu atau rakan sekelas dia,kan.tnya pasal kerja sek ke, bljr apa yg baru?...jadi adalah juga ilmu iman dpt. xdela kebosanan kt rumah..huhu.

    apepun harap akak bersabar ye. nasihat iman, ada hikmah yg baik sgla prkra yg jadi. Allah nak bagi Iman tu rehat, lebih luangkan masa kt rumah dgn akk ke kann ^_^ dan jgn sskali tgl solat walau tgh sakit =)

    ReplyDelete
  5. Saya doakan moga iman segera sembuh dan bisa beraktivitas seperti biasa . Amin ya robbal Al Amin

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.