Sebulan Lebih Tak Jumpa, Ya Allah Umi Rindu

Sebulan Lebih Tak Jumpa, Ya Allah Umi Rindu | Harini genap 3 bulan 7 hari KakYa tak jumpa Insyirah. Sejak masuk asrama 3.8.2020 lepas hari raya aidiladha terus tak jumpa jumpa dah hingga harini. Ya Allah hari hari jugak la KakYa duk menghitung hari nak jumpa anak perempuan nan satu ni.

Rindu membuak buak tak boleh nak cakap camne rasa. Kalaulah rasa rindu ni boleh ditafsirkan dengan ayat paling indah, KakYa pon tak pasti nak ucap camne. Tapi apa yang pasti rasa rindu ini tak pernah lari jauh, melekat dihati, pastinya ingatan yang tak berbelah bagi buat anak perempuan sorang ni sentiasa membuatkan hati KakYa rasa nak nangis. Ya Allah kuatkan aku Ya Allah dalam menangani rasa rindu membuak ini.


Semalam KakYa call Insyirah. Biasa memang dia akan call atau KakYa yang call  setiap hari. Kat asrama boleh bawa phone yang bukan smart phone. Jadi mudah la nak call atau mesej kalau ada apa apa. Lama la jugak duk borak borak ngan dia sebab kebetulan semalam en suami balik kije awal jadi mula mula dia borak borak la dulu ngan abah dia. Dah habih sembang pung oang pung pang ngan abah dia,  baru cakap ngan Umi. Anak abah sangat ni. Banyak la yang dibualkan terutama bab peperiksaaan. 

Hujung hujung nak abih perbualan dia cakap la  kat KakYa "Umi boleh datang tak, bawak nasi dan lauk yang Umi masak? Kakak rasa lama sangat kakak tak makan makanan Umi masak?". Masa ni rasa rindu tu macam takle nak bendung. Rasa cam nak peluk dia time tu jugak. Ya Allah kuatkan aku Ya Allah.

Masa dia cakap minta bawak nasi dan lauk umi masak tu kan, KakYa perasan suara dia lain dah. Dia nangis. Ya Allah dia rinduuu sangat la tu. Insyirah ni jenis dia kalau rindu dia tak bagitau pon, cuma dia sekali sekala kalau rindu dia akan sebut nak makan masakan Umi. Tu tanda dia rindu la tu. Bab ni memang KakYa tak boleh tahan. Rasa tang tu jugak nak pegi jenguk dia kat asrama.

Tapi apakan daya, peraturan tak membenarkan lawatan ke asrama buat masa sekarang. Kalau datang tak boleh jumpa, hanya boleh tinggalkan makanan atau apa apa barang yang di bawa kat pondok pengawal jer. Tak boleh nak jumpa, peluk peluk bagai. Dah hantar terus balik. Inform jer kat anak minta ambil kat pondok pengawal. Sedih kan? 

Semalam masa dia nangis tu, nak ucap Bye I Love you kat Umi pon sebak sangat. KakYa pulak yang nangis. Allahu sedih sungguh bila dengar dia nangis sebab rindu. Ya la lama sangat tak jumpa, sebulan lebih. Ni tempoh paling lama KakYa tak jumpa Insyirah. Biasa kalau hantar ke asrama 2 minggu balik sekali ataupon seminggu sekali boleh outing. Sekarang takde dah, kena ikut peraturan baru.

MAKLUMAN PKPP DILANJUTKAN SEHINGGA DISEMBER 2020

OLEH ITU  PERATURAN BALIK KAMPUNG MASIH TERTAKLUK MENGIKUT SOP KPM

Peringatan Mesra

Mohon kerjasama memahami memo ini, Sama sama kita bekerjasama bagi mempermudahkan urusan kita semua

Untuk makluman semua ibubapa,
sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah masih tertakluk kepada peraturan norma baharu berkenaan pergerakan keluar masuk pelajar di  asrama.

Peraturan outing dan balik kampung masih kekal mengikut SOP yang telah ditetapkan sebelum ini, kerana kita masih dalam tempoh PKPP

Oleh yang demikian

1. Tiada waktu melawat sepanjang anak berada di asrama
2. Tiada outing
3. Tiada minggu balik kampung wajib
4. Tarikh balik kampung akan dimaklumkan apabila mendapat arahan KPM

Oleh yang demikian mohon kerjasama ibubapa akur dengan peraturan ini bagi menjamin keselamatan anak anak di TESMAL

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai

Daripada
Pengurusan TESMAL
10/9/2020


Pagini KakYa dapat memo baru dari pengurusan sekolah. Berdasarkan memo baru yang dikeluarkan pagi tadi dari pengurusan sekolah, PKPP dilanjutkan dan peraturan keluar masuk pelajar masih berjalan mengikut SOP yang ditetapkan. Makanya panjang lagi masa KakYa nak jumpa Insyirah. Lagi la bertambah tambah rindu. Tambah tambah pulak sekarang ni untuk bagi duit belanja kat anak anak, Cikgu minta ibubapa masukkan duit ke akaun koperasi sekolah jer. Tak perlu tinggal kat pondok pengawal. Anak anak boleh ambil duit melalui Cikgu koperasi. Bayaran asrama pon camtu, mak ayah boleh terus buat bayaran ke akaun asrama sekolah tanpa datang ke sekolah atau tanpa perlu bagi pada anak anak.

Memang sekarang ni sistem online di praktikkan untuk pemindahan wang buat anak anak dan jugak pembayaran yuran makan dan asrama. Semoga anak anak terjaga di asrama. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Ya Allah jaga dia untukku. Hanya padaMU ku berdoa dan berserah, moga PKPP cepat tamat dan kami dapat jumpa seperti sediakala. Rinduuu. Dihati ini hanya tuhan yang tahu. Dihati ini Umi rindu padamu. Tulus sanubari menantikan hadirmu. Hanyalah kau puteriku nan satu. 

Sabar sikit lagi ya kakak. InsyaAllah nanti kita jumpa. Umi sayang kakak dunia akhirat. Love U kakak. Jaga diri, jaga solat, jangan lupa doa dan sentiasa baca quran dan jaga makan minum kakak sepanjang kat asrama. Doa Umi dan abah akan mengiringi setiap langkah kaki kakak. walau dimana kakak berada. Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sy tumpang sebak :(
    Tapi apa daya, terpaksa ikut peraturan.
    Stay strong Kakya 💪

    BalasPadam
  2. rindu ni satu perasaan yg tak dpt nak tahan kan.. insyirah pun rindu umi jgk ni :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.