Perkara Wajib Para Isteri Tahu Tentang Harta Peninggalan Arwah Suami

September 11, 2020

Perkara Wajib Para Isteri Tahu Tentang Harta Peninggalan Arwah Suami | Pelbagai isu timbul apabila suami yang meninggal dunia tidak membuat apa-apa perancangan terhadap harta yang ditinggalkan. 


Di sini dikongsikan perkara-perkara PENTING yang perlu para isteri fahami agar sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.

2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri. 

3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak. 

4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami. 

5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari. 

6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya. 

7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.

9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.

10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid. 

11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri. 

12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah. 

Untuk lebih mudah, uruskan harta anda di Majlis Agama Islam Selangor, layari www.mais.gov.my

Jom sama sama kita sebarkan. Penting untuk pengetahuan semua terutamanya para isteri.

#hartapusaka #faraid #islamicestateplanning #MAIS #menjunjungamanah #harta


Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. kadang2 fikir lebih baik saya yang pergi dulu..huhu

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg bermanfaat..
    sebolehnya isteri kena ada income sendiri in future apa2 jd dengan suami senang, xla jatuh terus kan.. sediakan payung sebelum hujan org kata

    ReplyDelete
  3. kena ambil tahu juga sebab itu hak isteri dan anak-anak. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. penting tahu benda ni, bukan apa.. utk masa depan anak2 kan

    ReplyDelete
  5. banyak sangat kisahnya klo berkaitan harta..boleh jadi perbalahan..elok dibuat wasiat awal awal.

    ReplyDelete
  6. Lepas kes Abam tu semakin ramai wanita buka mata tentang perkara ni.

    Bab harta ni kalau tak diurusakan dengan betul boleh jadi gaduh..

    ReplyDelete
  7. Maklumat yang sangat berguna.


    Saya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
    Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
    Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.