Kek Coklat Untuk Birthday Insyirah

Kek Coklat Untuk Birthday Insyirah | Kalau ikutkan hari lahir suami atau anak anak KakYa yang lepas lepas KakYa akan beli sebijik kek untuk celebrate beday diaorang. Tapi untuk kalini KakYa tanya kakak dia nak kek ke tak nak, sebab sejak sejak duk asrama dua tiga tahun ni dia dah tak nak kek untuk birthday. Kalini bila tanya jer dia jawap nak tapi nak kek yang Umi buat. Fuhhh dia punya permintaan tu kan buat Umi debor debor laaaa. Ya la Umi ni kalau bab masak lauk pauk terer la jugak tapi bab bab kek ni Umi huhahuha sikit. 

Dah anak yang minta, makanya menggigih jugak la jugak Umi buat sebijik kek untuk beday dia. Umi ni bukan pandai sangat bab bab buat kek apalagi bab nak mendeko memang tak berapa nak reti sangat aihhh. Tapi kerana seorang insan bergelar anak, Umi usahakan jugak. Dan hasilnya .... Tudiaaaaa kembang idung jugak la Umi dia ni bila tengok kek ni. 

Jadi la jugak walau tak cantik mana hehehe. Jadi ke idok ni sahabat KakYa? 

Semalam lepas maghrib KakYa dan suami hantar kek kat asrama. Alhamdulillah kakak cakap sedap. Kawan kawan pon cakap sedap habis sekejap jer. Kakak cakap lain kali boleh la Umi buat lagi hantar kat asrama. InsyaAllah nanti Umi buat lagi. Sebab Umi dah rasa jatuh chenta  sikit dah ni nak buat kek untuk anak anak Umi. 

Kejadian demi kejadian sebelum di salut coklat dan didekokan oleh KakYa. Boleh la sikit sikit buat untuk anak. 

Bukan anak anak jer yang suka. En suami pon suka. Padahal sebelum ni dia bukan suka sangat makan kek coklat. Dia suka satu kek jer, kek coklat yang ada pisang kat Secret Recipe tu. Kek tu laa dia paling suka. Ok pasni jimat bajet la ya takyah beli kek dah, Umi buat kek coklat ni jer la tiap kali hari lahir suami dan anak anak. Hahaha. 

Opss lupa nak citer, sebelum ni pon KakYa ada buat jugak kek coklat cam gini tapi buat kat kampung ngan bantuan MIL. Al maklumla memang bab kek ni KakYa fail. Huhuhu. Lepas buat kat umah MIL ritu KakYa ada try buat kat rumah sekali. Menjadikkkk jugak laaa. Sebab tu la untuk hari lahir Insyirah ni KakYa rasa boleh buat untuk dia. Haaaa nak tengok tak kek pertama yang KakYa buat kat rumah sendiri. Nidiaaaaaa....

En suami suka sangat sebab coklat melimpah ruah bukan saja atas kek tapi melimpah ke dalam pinggan. Kek yang KakYa buat ni takde la manis sangat sebab KakYa tak berapa suka manis. Sedang sedang jer ikut kesukaan family. 

Ok laa cukup dulu cerita pasal kek. KakYa ni kalau bercerita tak abih rasanya. Jadi KakYa stop sini dulu. Kita jumpa lagi di coretan akan datang. Terima kasih buat pembaca blog KakYa yang sudi singgah dan tinggalkan komen. Maaf KakYa belum berkesempatan membalas kunjungan semua. Sabar ya sahabat, nanti KakYa terjah satu satu. Thankssss semua ❤❤❤.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. happy birthday kakak Insyirah semoga terus cemerlang dunia akhirat, aamiin. Lagi lah sedap kek air tangan umi kan :)

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa kek, my favouriteeee..
    Happy Birthday, semoga panjang umur dan bahagia selalu....

    BalasPadam
  3. wah terliur tengok kek coklat tu! happy birthday! sama bulan dengan kita ya? hehe.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    BalasPadam
  4. happy birthday insyirah... sedap nampak kek akak.. kalau ade masa akak share resipi leh..hehehe

    BalasPadam
  5. untung insyirah... mak buatkan kek utk dia

    BalasPadam
  6. Sanah helwah kakak insyirah. Moga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat 😊

    BalasPadam
  7. sedapnyaa! happy belated birthday insyirah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.