Ingat Senang Nak Dapat Gambar Helok! Gigih Umi Tau

Ingat Senang Nak Dapat Gambar Helok! Gigih Umi Tau | Salam dan hai korang. Tengah buat apa tu petang petang cam gini. KakYa cam biasa la petang petang gini duk masak masak sambil layan kerja sekolah dak kecik. Ok entri arini berkenaan dak kecik. Lama jugak tak citer pasal dak kecik ni. Arini Umi luangkan masa bercerita tentang dak kecik la pulak. 

Mood ok makanya ok la gambar.

Bab bab bergambar ni dak kecik memang takde masalah tapi bila bergambar kena ikut kehendak Umi disebabkan Umi nak shoot produk, makanya kekadang dia jadi stress sikit bab posing. Bukan setakat bab posing jer boleh buat dia stress bab kena tukar baju, kena pegang itu, kena pakai ini, kena senyum, kena ketawa pon boleh buat mood dia lari. Satu lagi kalau kena shoot video ulang kali, alahai memang boleh naik hantu jugak Umi dia dengan mood dia tu. Tapi last last memang helok jer komitmen yang dia bagi. Cuma kena bagi masa la untuk dia COOL.

Mood ok lagi masa ni. Boleh la posing elok elok. Dapatla sekeping dua yang OK.

KakYa ni pulak kekadang jenis yang takleh nak ikut sangat kehendak dia. Kekadang mai mood nak marah gak kalau Umi suruh buat camtu dia tak ikut. Umi suruh buat lagu tu dia buat lagu lain. Haaa jadi sedara sedari sekalian jangan ingat semua gambar gambar yang KakYa upload terutama untuk job blogger satu kerja senang korang. Takde senangnya bila nak shoot shoot ni. Memang kerja tak berapa nak senang. Membabitkan mood anak anak ang semakin meningkat dewasa ni memang bukan kojer senang.

Boleh la konon konon posing. Masa ni dia tengah nak layan game tapi Umi  minta jugak tangkap gambar untuk job Umi. 

Jadi jangan pulak korang rasa tugas blogger ni hanya tulis, masuk gambar dan publish jer. Kena fikir jugak tugas luar yang lain. Kitalah pengarah, kitalah jurugambar, kitalah tukang edit .. pendek kata semua kitalah takde orang lain nak tolong. Bukan kojer senang kome oiii. Hanya yang rajin jer boleh buat. Kalau tak berapa nak rajin toksah pepandai nak ambik job yang dateline dia bagi yang kita takle nak bagi komitmen. Kan nanya jer kerja tak siap, lagi stress jadinya.

Cahaya pulak tak berapa nak menyeluruh. Nampak kusam la pulak. Tapi dak kecik steady jer. Ok la masih boleh senyum kira cool lagi la.

Bab tangkap gambar sekian hal, bab nak gambar yang betul betul helok pon sekian hal. Mak ai bukan sekali dua duk tekan butang kamera kak oiii. Banyak kali dan berkali kali untuk satu gambar sebab nak dapatkan gambar yang betul betul helok dan menepati apa yang client minta. Makanya galeri gambar penuh dengan muka sama jer, al maklumlah duk tekan butang kamera tak hingat dunio.. Bila bab nak pilih gambar pon boleh buat Umi stress, sebab dah banyak sangat duk tangkap gambar tatau pulak dah mana satu paling helok. Kalau boleh semua nak masukkan gambar mana yang dah tangkap tapi kena buat pilihan mana satu berkenan. 

Nak guna sekeping dua jer sebenarnya tapi gambar yang ada bersusun kat galeri. Jenuh pulak nak kena pilih mana satu nak guna. 

Ha aaa bab ni KakYa kurang sikit nak stress sebab untuk bab pilih gambar gambar helok, en suami ada sentiasa bantu KakYa. Tanya dia jer mana satu ok mana satu boleh masuk blog. Yang dia pilih tu la yang KakYa masukkan. Kalau dia cakap takleh jangan pepandai nak letak jugak nanti kena sebijik ayat pedas tak lalu nak makan sehari hahahaha. Jadi kerja KakYa boleh settle dengan mudah bila ada en suami yang tolong.

Alhamdulillah sepanjang bergelar blogger en suami banyak bagi sokongan untuk KakYa. Terima kasih en suami untuk sokongan yang tak pernah berbelah bagi. Terima kasih juga buat sahabat yang rajin singgah dah komen kat blog KakYa. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.