Esok Hari Lahir Insyirah

Esok Hari Lahir Insyirah | Sedar tak sedar esok dah pon masuk 20 September 2020. Kenapa dengan esok. Esok special day untuk anak sulung KakYa. Esok hari lahir Insyirah. Bila tiba jer hari lahir dia, KakYa mudah sikit jadi sakit kepala nak fikir bab bab hadiah untuk dia. Bukan apa kalau tanya kat dia nak apa, apa dia suka, nak tak kalau beli ni, nak tak kalau beli tu? Dia selalu akan cakap OK jer apa apa pon. Pernah la jugajkbeli barang kemas untuk dia last last dia tak nak pakai pon tak suka katanya. Masa kecik kecik suka la pakai sebab Umi yang bagi pakai, bila dah besar memang tak nak terus.  

Ummmm kekadang baik takyah tanya sebab dia susah nak gitau KakYa dan suami apa yang dia nak. KakYa pulak suka tanya sebab nak bagi apa yang dia nak, mana tahu kot kot dia nak apa apa tapi tak nak cakap. Time hari lahir ni la kot boleh cakap nak apa apa yang special sikut dari biasa. Tapi dia, gitulaaa takde cakap nak apa apa. Cuma yang dia cakap esok datangla kat asrama nak tengok Umi, abah. Duk jejauh pon takpe la janji boleh tengok. Sedih pulak rasa. Esok KakYa ingatkan nak buat sebijik kek coklat untuk dia. Kalau takde aral melintang boleh la hantar kat asrama nanti. 

Hadiah Apa Untuk Hari Lahir Ke 16 Insyirah

Dua tiga bulan lepas, Umi dengan abah duk sibuk fikir dah sebenarnya, hadiah apa nak bagi untuk hari lahir Insyirah yang ke 16. Nak belikan cincin, gelang atau rantai emas dia memang tak suka pakai. Yang ada pon tak pakai. Jadi kami tak nak beli apa yang dia tak berapa suka. Jadi kalini special sikit sebab umur dia dah masuk 16 tahun jadi KakYa dan suami pilih untuk hadiahkan dia smartphone. 


Alhamdulillah dipermudahkan urusan pembelian smartphone pertama untuk dia di usia 16 tahun. Sebelum ni memang KakYa tak pernah belikan smartphone untuk dia, kiranya ini kali pertama KakYa dan suami belikan. Harap harap dia suka la. Kawan kawan dia pon, semua dah ada smartphone sendiri. Dia kalau balik asrama pinjam yang Abah atau Umi jer la. Nak borak sembang ngan kawan kawan terpaksa la guna phone Umi atau abah. Pasni dah boleh guna smartphone sendiri ya kakak. 

Kalau ikutkan KakYa nak beli Samsung sebab KakYa suka Samsung tapi Insyirah ni dia suka Apple, sejenis pengikut setia abah dia. Jadi pilihan kami Apple la untuk dia. Moga dia suka sebab sebelum ni pon dia selalu cakap cantik la iPhone8+ . Kakak berkenan jugak. Alang alang dia dah suka dan pernah tunjuk minat, kami belikan untuk hadiah hari lahir dia yang ke 16. Semoga hadiah ini memberi manfaat untuk dia. 

Setakat ni dulu cerita KakYa untuk harini. Lama jugak tak updated blog, last 11 September 2020. Harini baru berkesempatan nak updated. Dah seminggu blog tanpa coretan. Alhamdulillah petang ni di beri peluang juga ruang untuk mencoretkan sedikit cerita. Syukur Ya Allah. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sanah helwah Insyirah. Moga setiap langkah diberkati Allah SWT. Menjadi insan yang selalu jernih hati dan fikiran.Belajar sungguh-sungguh.

    BalasPadam
  2. happy birthday ..semoga kakak ingat jasa mak abah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.