Dua Gifts : Jenama Pelbagai Hadiah Eksklusif Bercirikan Islam

September 06, 2020

Dua Gifts :  Jenama Pelbagai Hadiah Eksklusif Bercirikan Islam | Dua Gifts adalah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Jenama ini telah bertapak di Malaysia sebagai satu jenama hadiah  eksklusif bercirikan Islam yang mendapat sambutan ramai daripada pelanggan yang terdiri dari pelbagai peringkat usia di luar sana.

Terdapat pelbagai pilihan hadiah menarik bercirikan islamik untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang, sahabat atau saudara mara. Produk berkualiti dari Dua Gifts sangat sesuai dijadikan hadiah untuk pelbagai majlis.


Produk unik dan berkualiti dengan harga yang mampu milik, KakYa percaya Dua Gifts adalah pilihan tepat yang korang boleh pilih untuk pilihan hadiah bukan saja buat diri sendiri malah untuk orang tersayang juga.

Dapatkan Hadiah Moden, Kontemporari Bercirikan Islam Di Dua Gifts 

Untuk korang yang mencari hadiah dengan reka bentuk moden, kontemporari dan memberi inspirasi daripada pemberi kepada penerima, KakYa cadangkan korang singgah di laman web Dua Gifts dan dapatkan hadiah menarik bercirikan islam kat sini.


Dua Gifts di reka dengan produk yang disusun teliti dalam menyebarkan mesej positif dan dakwah kepada umat islam bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia.


Peribadikan Produk Kesukaan Anda Melalui Dua Gifts 

Bagi korang yang ingin memperibadikan produk yang korang suka, ada pilihan istimewa untuk memilih sendiri produk yang disukai dan design sendiri seperti yang di kehendaki. Wow!

Menarik bukan? Contoh macam yang KakYa punya,  KakYa peribadikan notebook ni dengan letak nama KakYa kat cover depan. Kalau korang nak bagi hadiah kat kawan ke, adik beradik ke, sedara mara ke, boleh la tulis nama diaorang kat depan cover notebook tu. 

KakYa just letak nama untuk A5 Notebook ni. Rasa special sikit la bila ada nama kita kat situ. Sah sah la notebook ni milik KakYa kan?

Lagi nampak special hadiah korang. Si penerima akan lebih menghargai bilamana nama mereka tertera pada hadiah yang diberi. Bukan setakat letak nama, korang nak letak ayat motivasi, ucapan hari lahir dan sebagainya kat kotak pensil, pouch bag, notebook pon boleh takde masalah. Ikut kesesuaian korang. 

Moroccan Gift Collection

Ok KakYa nak citer sikit set Moroccan Gift Collection. Korang pon mesti tak sabar nak tahu kan? 

Moroccan Gift Collection 

Set yang KakYa beli melalui laman web Dua Gifts baru baru ni adalah Moroccan Gift Collection. Untuk set Moroccan Gift Collection yang KakYa ini, antara barangan yang KakYa dapat  dalam satu kotak adalah;

Islamic Sayings A4 Print Art Framed

Frame Size: 240mm L X 328mm Print Art - 360 gsm textured paper with gold stamping finishing Frame - Wooden 

Moroccan Bookmark

Height: 184mm
Width: 57mm
Weight: 10g

Moroccan Wire-O A5 Notebook

Size: 215mm H x 153mm L
Weight: 350g
Material: 80gsm simile paper, hard cover perfect bind, gold foil lettering cover
No. of Pages: 192 lined pages

Moroccan Luxe A5 Notebook

Size: 215mm H x 152mm L
Weight: 340 g
Material: 80gsm simile paper, hard cover, hot stamping front cover, gold foil lettering cover
No. of Pages: 96 lined pages and 96 blank pages

Moroccan Wire-O A6 Notebook

Size: 155mm H x 110mm L
Weight: 173g
Material: 80gsm simile paper, hard cover perfect bind, foil lettering cover
No. of Pages: 192 blank pages

Moroccan Key Ring

Diameter: 50mm
Weight: 40g

Moroccan Essential Notebook

Size: 210mm H x 148mm L
Weight: 120g
Material: 80gsm simile paper, staple bound, foil lettering cover
No. of Pages: 80 lined pages

Moroccan Pencil Case

Size: (L) 21cm x (W) 6cm x (H) 7cm
Weight: 50g
Material: PU leather

Moroccan Sticky Notepad

Size: (L) 19cm x (W) 0.5cm x (H) 14cm 
Weight: 100g

Moroccan Pouch

Size: (L) 21cm x (W) 7cm x (H) 17cm
Weight: 70g
Material: PU leather

Pelbagai Pilihan Hadiah Yang Boleh Di Pilih Di Dua Gifts

Selain Moroccan Gift Collection terdapat pelbagai koleksi set pilihan lain yang korang boleh pilih ikut kesukaan korang dengan harga berpatutan dan mampu milik,  antaranya: 

- Daydream Gift Collection
- Be The Light Gift Collection
- Mashallah Gift Collection
- Bismillah Gift Collection
- Love Faith Hope Gift Collection
- Do Insha' Allah Gift Collection
- Keep Calm Gift Collection
- Do What Is Beautiful Gift Collection
- Bismillah I Got This Gift Collection




Selain daripada koleksi set pilihan di atas, korang juga boleh mendapatkan produk keluaran Dua Gifts secara berasingan. Boleh pilih mana mana produk yang korang suka secara berasingan. Tak terhad pada koleksi set sahaja, boleh jer kalau korang nak beli satu satu  takde masalah.




DISKAUN 15% Untuk Followers Blog KakYa 

Untuk yang berminat mendapatkan produk dari Dua Gifts jangan lupa singgah Dua Gifts . Untuk followers blog KakYa JANGAN LUPA key in promo code:  JULIANA15 bagi mendapatkan 15% diskaun untuk pembelian korang. Jangan lupa tau! 15% banyak jugak tu!

Alhamdulillah syukur sangat sangat dapat memperkenalkan satu laman pembelian hadiah berkonsepkan islamik buat pembaca blog KakYa.  Semoga dengan perkongsian ini, korang lebih mudah nak dapatkan hadiah bercirikan islamik hanya dihujung jari sahaja. Kalau korang perlukan maklumat lanjut utuk pembelian atau mengenai Dua Gifts, sila layari laman tertera;

Website: Dua Gifts 
Facebook: Dua Gifts
Instagram: dua_gifts

Ingat Hadiah Ingat Dua Gifts. Dua Gifts always the right choice. Rasa rasa cam nak beli satu set Dua Gifts yang lain pulak laaaa. KakYa cam berkenan ngan satu set ni. Tak sabarnya nak beli
Korang tak nak ke? ..

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. cantik cantik gila collection dia kan

    ReplyDelete
  2. Klau saya beli ni, beli untuk diri sendiri la..Lawa2 sayang nak bagi kat orang.hahahah...kedekiyt!

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa,suka kumpul benda2 gini beri semangat nak guna buat kerja.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.