Shopping Online Di PG Mall Dengan E-Penjana

August 26, 2020

Shopping Online Di PG Mall Dengan E-Penjana | Siapa suka membeli belah secara online? Kalau korang dalam kategori suka membeli belah secara online pasti PG Mall tidak asing lagi bagi korang. PG Mall adalah salah satu platform online yang KakYa akan jenguk kalau ada nak beli barang secara online. Musim sekarang ni, dengan wabak Covid-19 yang belum berakhir, ramai yang memilih berbelanja secara online berbanding membeli belah secara offline di tempat tempat tertentu. Beli online ni boleh jimat masa dan mengelakkan kita kerap keluar kalau nak dapatkan sesuatu barangan. 

Korang biasa kalau beli barang secara online, korang beli kat mana? PG Mall jugak ke? Tahu tak tentang PG Mall? Kalau korang belum tahu mengenai PG Mall jom rapat rapat sikit KakYa nak citer. 

PG Mall Malaysia No.1 E-Commerce Platform

www.akifimtiyaz.com

PG Mall adalah platform atas talian untuk korang membeli belah secara online pelbagai barangan keperluan dan juga kehendak. PG Mall merupakan Malaysia No.1 E-commerce platform dan satu satunya Local E-commerce platform yang telah bertapak di Malaysia sejak 2017 lagi.

Laman beli belah atas talian PG Mall terbukti yang terbaik, dipercayai ramai dan telah tersenarai di tangga ke 3 di Iprice insight Report. Oleh kerana PG Mall ni dipercayai ramai, KakYa pon takde la rasa was was dan takut takut nak membeli belah kat sini. Al maklumlah kan sistem jualan online ni kadang kadang ada yang menipu. Takut juga kena tipu, dah beli barang tapi tak dapat apa apa. Tapi di PG Mall, KakYa boleh shopping dengan senang hati. Nak beli apa? Semua ada kat PG Mall, pilih masuk bakul dan terus bayar. Mudah dan senang hanya di hujung jari, semua barangan pilihan korang akan di hantar hingga ke pintu rumah.

Paling KakYa suka mengenai PG Mall, untuk pembelian pihak PG Mall menerima pakai penggunaan e-wallet dan juga perbankan online. Sangat sangat mudah, bilamana sekarang ni kebanyakan tempat telah menerima pembayaran secara e-wallet. Tak perlu lagi nak buka sistem bank online. Hanya klik e-wallet jer dah boleh buat pembayaran. Lagi mudah dan di jamin selamat. 

Berbelanja Online Di PG Mall Dengan E-Penjana 


www.akifimtiyaz.com
Korang dah tebus e-penjana ke belum? Ha ahh kalau korang dah tebus RM50 dari e- penjana, korang bolehlah shopping kat PG Mall. Bermula 10 Ogos sehingga 30 September 2020, untuk korang yang baru pertama kali shopping kat PG Mall dan berbelanja minimum RM80, korang akan dapat diskaun sebanyak RM25. Manakala untuk korang yang dah pernah shopping kat PG Mall, korang akan dapat diskaun RM20 dengan perbelanjaan minimun RM100. 

Bukan itu saja tau, korang akan dapat FREE RM8 OFF untuk kos penghantaran. Yahooo! Best ke tak best? Opkos la best kan? Tapi tapi tapi jangan TERUJA lebih lagi tau, sebab ada lagi tawaran menarik untuk korang. Apadia? Ok kalau korang suka tengok live kat facebook apakata korang pegi jenguk live kat facebook PG Mall kerana korang akan dapat 50% diskaun rebate voucher dengan hanya menonton live eksklusif PG Mall. Ya betul!

Banyak betul kelebihan yang korang boleh dapat dengan berbelanja di PG Mall. Sangat sangat berbaloi untuk membeli belah kat sini. Bukan setakat membeli belah sahaja tau, dengan berbelanja di PG Mall sedikit sebanyak kita telah menyokong pembelian produk tempatan. Sama sama kita menyokong dan menjana ekonomi negara agar kembali pulih. Jom shopping barangan Malaysia https://pgmall.my/shop-malaysia-online .

PG Mall SME Onboarding Campaign

www.akifimtiyaz.com

Selain daripada tawaran menarik yang KakYa citer kat atas, PG Mall turut memperkenalkan SME Onboarding Campaign. Terdapat pelbagai kelebihan dalam Onboarding Campaign PG Mall antaranya;

•Pendaftaran PERCUMA
•Pendedahan kepada media sosial
•Pengecualian komisen jualan 
•DISKAUN 50% yuran pendaftaran kedai rasmi
•Baucer diskaun penghantaran
•Sokongan promosi FB Live
•Slot percuma untuk Hot day sale feature product
•Jualan super shocking sale
•Penyertaan percuma dalam kempen di 
seluruh platform
•Penyesuaian kempen kedai untuk kedai 
rasmi
•Design untuk PDP banner
•Mendapat sokongan sepenuhnya dari PG Mall Merchant Management (MMT) https://pgmall.my/pgmall-seller-register-online

Jadi apa tunggu lagi. Buat senarai barangan yang korang nak beli sesiap dan kita terjah klik klik laman sesawang PG Mall dan mula shopping sekarang jugak https://pgmall.my/home

Jangan lupa untuk join PG Mall dan tempatkan barangan jualan korang kat platform online ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai PG Mall, korang boleh layari laman tertera;

Fb: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Ig: www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita 
#SellwithPGMall
#Joinusnow
# PGMall Seller 
#BelocalsellerwithPGMall

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.