Selamat Hari Lahir Ke 13 Adam Iman

August 13, 2020

Selamat Hari Lahir Ke 13 Adam Iman | Selamat Hari Lahir Ke 13 Muhammad Adam Iman. Alhamdulillah sedar tak sedar harini dah masuk 13.8.2020. Hari lahir Muhammad Adam Iman yang ke 13.


Ya Allah dah 13 tahun dah usia Iman. Cepat sangat masa berlalu, sedar tak sedar dah 13 tahun usia anak ke dua Umi. Syukur Alhamdulillah, anak Umi membesar sihat dan sempurna depan mata Umi juga abah. 


Syukur padaMU Ya Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Muhammad Adam Iman. Semoga Iman akan terus dipanjangkan usia. Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah ini akan sentiasa di beri kesihatan yang baik, minda yang cerdas, panjang umur, menjadi anak soleh serta sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman. Sayang kamu dunia akhirat.

Pagi tadi bangun tidur awal awal nak ucapkan selamat hari lahir buat Iman. Konon konon Umi la nak jadi yang pertama bagi ucapan. Tengok  tengok phone lip lap lip lap. Bukak phone alahai ada misscall kakak dia kul 12 lebih semalam. Kakak nak ucap selamat hari lahir kat adik dia la tu. Tapi semalam Umi tak sihat, Umi tidur awal. Telefon tak angkat jadi kakak mesej jer semalam. Tq kakak ingat hari lahir adik. 


Sebenarnya Iman ada kat rumah sepanjang minggu ni. Hari Sabtu lepas KakYa ambik dia kat asrama sebab dia batuk, demam dan selsema. Demam dah ok sikit sekarang ni, cuma batuk dan selsema tak ilang lagi. Jadi KakYa tak hantar lagi dia kat asrama. Duk rehat kat rumah jer la dulu. Cikgu pon pesan kalau tak sihat rehat jer kat rumah dulu bagi betul betul sihat baru datang sekolah. 

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Happy birthday! Semoga dipermudah segala urusan kehidupan!

    ReplyDelete
  2. Happy birthday to you Irman, moga apa yang Irman cita - citakan dapat terwujud secepatnya. Amin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.