Nasi Goreng Daging Petai Style KakYa

August 05, 2020

Nasi Goreng Daging Petai Style KakYa | Nasi Goreng Daging adalah feveret KakYa dan family. Kalau kebetulan ke pasar beli daging, memang selalunya KakYa akan buat Nasi Goreng Daging. Harini rasa nak makan Nasi Goreng Daging. Kebetulan masa balik raya haji, Mak KakYa kirimkan daging korban buat kami sekeluarga. Special sikit Nasi Goreng Daging kalini sebab ada petai yang di kirim MIL masa balik raya haji baru baru ni. Makanya tengahari ni terhasillah Nasi Goreng Daging Petai style KakYa 

www.akifimtiyaz.com

Nak buat Nasi Goreng Daging Petai style KakYa ni tak susah pon. Orang kata main campak campak jer dah siap. Yang penting kedudukan rajin tu kena teratas dari kedudukan malas maka akan jadilah Nasi Goreng Daging Petai yang lazat dan memenuhi citarasa seisi keluarga. Tak caya cubalah dulu.

Nak resepi simple Nasi Goreng Daging Petai style KakYa? Ok ni KakYa bagi resipi Nasi Goreng Daging Petai simple style KakYa. Resipi ni sangat mudah, senang, cepat dan lazat untuk di makan bersama seisi keluarga. Nanti jangan lupa cuba tau.

Resipi Nasi Goreng Daging Petai Style KakYa

Kalau KakYa cakap mudah dan senang memang mudah dan senang la jawapnya. Benda mudah jangan kita nak buat susah. Tapi sebelum tu, kena sediakan bahan untuk rencah Nasi Goreng Daging Petai dulu. Antara bahan yang diperlukan adalah; 

- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi
- Sebiji cili besar 
- Lada kisar
- Garam
- Kicap
- Penambah perisa
- Minyak
- Petai
- Daging rebus

Cara Masak Nasi Goreng Daging Petai Style KakYa

Nak masak Nasi Goreng Daging Petai style KakYa ni pon mudah jer sebenarnya. Ikut step by step okey. Nanti menjadik la.

- Mula mula tumbuk bawang putih bagi separuh hancur. Jangan tumbuk hingga hancur. 
- Masukkan cili padi dan cili besar pastu tumbuk separuh hancur jugak. 
- Dah siap tumbuk bahan bahan tadi masukkan ke dalam kuali yang dah di panaskan dengan sedikit minyak.
- Tunggu hingga naik bau atau sedikit garing baru masukkan lada kisar. Tunggu lagi hingga lada kisar garing sedikit. 
- Masukkan daging yang dah di rebus dan tunggu seketika.
- Masukkan sedikit kicap 
- Dah siap masukkan nasi putih dan gaul rata. Masukkan garam dan penambah perisa ikut kesesuaian pemakanan korang. 
- Kacau goreng bagi rata. Last sekali baru masukkan petai yang dah di kopek. 
- Siap! Dah boleh makan dah. 

www.akifimtiyaz.com

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah atas nikmat rezeki yang KAU kurniakan buat kami sekeluarga. Terima Kasih Ya Allah Ya Mujib. Siap Nasi Goreng Daging Petai style KakYa. Apa tunggu lagi, KakYa makan dulu naaaa. Nanti korang try la buat. 

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Sedapnya Kak Ya, terliur tengok petai tu

    ReplyDelete
  2. hehehe kalo saya pakat kelas la petai tu.. mmg x makan. tapi kalo ada sikit2 bau dia di masakan tu saya redha hehe. suka juga nasi goreng daging tp kan kt sni susah betul nk dpt daging. kdg2 tu kalo mak nk masak jugak kenala pakai daging kisar..

    ReplyDelete
  3. Sedap tu kak ya nasi goreng petai. tapi kalau petai fiza makan sambal petai je. hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.