Ya Allah Terima Kasih Kerana Mempermudahkan Urusanku Hari Ini

Ya Allah Terima Kasih Kerana Mempermudahkan Urusanku Hari Ini | Alhamdulillah syukur PadaMU Ya Allah kerana dengan izin daripadaMU dapat aku berkongsi ilmu petang ini bersama sahabat dan juga pembaca blog ini. KakYa kongsi ilmu ini daripada pembacaan KakYa menerusi buku tulisan Pn Nora Yusof bertajuk 17 Formula Tarik Rezeki. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Ok KakYa teruskan, semasa kita berdoa sesudah selesai solat subuh,  jangan lupa doakan: "Ya Allah terima kasih kerana mempermudahkan urusanku  hari ini". Boleh juga doakan setiap kali solat fardhu.

www.akifimtiyaz.com

Caranya, kita berdoa dan minta dengan Allah SWT seolah olah Allah SWT dah tolong permudahkan urusan kita. Allah SWT dah bantu uruskan semua urusan kita. Ucapkan terima kasih dengan penuh rasa syukur. Kita akan dapat rasa rasa, rasa dia akan jadi lain. Urusan kita akan jadi lebih mudah dan dipermudahkan kerana dalam doa kita itu tadi telah tergabung rasa syukur dan tawakkal serentak. InsyaAllah.

Sejak baca buku ni KakYa amalkan doa ini dan juga amalan Surah Ghafir ayat 44 berserta zikir Ya Baari' dan Alhamdulillah KakYa nampak kehidupan yang Allah SWT aturkan buat KakYa dan kekuarga menjadi lebih teratur. Alhamdulillah Syukur Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Aamin aamin Ya Mujib. KakYa amalkan setiap pagi selepas solat subuh dan juga selepas solat fardhu. 

InsyaAllah jika diamalkan doa ini segala kerja harini samaada masak, basuh kain baju, jemur kain baju dan lain lain kerja menjadi sangat mudah, cepat dan teratur. Allah SWT akan beri lapang waktu, badan jadi ringan dan kekuatan yang luar biasa. InsyaAllah. 

Apabila kita mengucapkan doa ini, kita akan jadi lebih tenang sebab dalam kesyukuran kita membayangkan segala pertolongan Allah terhadap kerja kerja yang kita buat hari ini. DIA yang bagi izin untuk kaki tangan kita bergerak untuk melaksanakan kerja. Jadi kita akan rasa syukur dan tenang. Ingatlah! Sesiapa yang bersyukur Allah tambah nikmat lain macam. Bagi sesiapa yang bersyukur, memang Allah SWT  permudahkan urusan. Terbukti dalam Janji Allah itu PASTI!

Sebelum nak berdoa jangan lupa, puji Allah  SWT dulu. Mulakan dengan puji pujian memuji kebesaran dan keagungan Allah SWT. Boleh baca selawat, baca Asmaulhusna dan bacaan bacaan yang lain. Jom sama sama kita amalkan. Moga mendapat kebaikan daripada perkongsian ini. 

Tanda Sayang,
Lya ❤
www.akifimtiyaz.com
21 Zulkaedah 1441H
13 July 2020

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Syukur atas segala rezeki ya Allah berikan, cuma kadang2 saya tak sedar itu rezeki :D

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.