Wan vs Tok Ayah

Wan vs Tok Ayah | Pagini bangun tido teringat kat Ma dan Ayah kat kampung. Lama jugak la tak balik jenguk Ma Ayah kat kampung. KakYa, Insyirah dan Iman belum balik kampung lagi sejak PKPP ni. Hanya En Suami dan Akif jer balik baru baru ni.  Kesihatan tak  mengizinkan KakYa balik. InsyaAllah ada masa dan kelapangan KakYa balik la nanti. 

Ma dan Ayah adalah mak mertua dan bapa mertua KakYa. Semalam kakak ipar KakYa yang balik kampung bawak balik pau goreng inti kacang yang di kirim oleh Ma. Ma dah goreng separuh pau kacang tu dan masukkan kat peti ais, time nak makan KakYa hanya goreng sekejap dah boleh makan. Bila makan pau goreng inti kacang mula la teringat kat Ma dan Ayah. Gitulaa kan kita sebagai anak, rindu kat orang tua kat kampung teringat ingat boleh bawak mimpi. 

Diaorang suka makan kat atas gerai belakang rumah sambil ambil angin petang. Macam kenal jer, pinggan kecik IKEA ke tu?? 

Nak citer sikit tentang Ma dan Ayah bab makan makan. Ma suka Pau Kacang dan Tea O. Ayah pulak lebih suka Ketupat dan Kopi O. Dua dua insan kesayangan KakYa ni punya citarasa berbeza dalam bab makanan tapi dedua ni serasi bersama. Jodoh diaorang di usia tua, alhamdulillah moga Ma dan Ayah kekal bahagia hingga ke Syurga. Aamin aamin Ya Mujib.

Anak anak KakYa panggil Ma dengan panggilan Wan manakala Ayah pulak dioarang panggil Tok Ayah. Dedua ni kesayangan anak anak KakYa. Kalau balik kampung memang tak sah la takde ketupat dan pau kacang merah atau pau goreng kacang merah. Memang selalu ada Ma akan buat banyak setiap kali anak menantu balik kampung. 

Bukan setakat makan masa kat kampung, tapi siap pakej bawak balik sekali. Anak anak memang suka la kalau Wan dia masak. Makan tak hengat la dioarang kalau balik kampung. Cakap jer nak makan apa mesti Wan buat mesti Wan masak. Wan suka masak dan pandai masak. Bukan setakat lauk pauk jer Wan boleh masak tapi Wan pandai buat kek, buat roti, masakan western dan macam macam lagi. 

Paling best sekali bila musim buah mangga, Wan akan buat jeruk mangga. Jeruk putih dan jugak jeruk lada pedas. Fuhhh bab bab jeruk ni memang Wan terer. Sedap hingga menjilat jari. Anak anak kalau makan jeruk Wan  dia buat siap boleh bertambah. Memang sedap dan takle lawan ngan orang lain dah Jeruk Mangga Wan. Semua anak menantu dan cucu cucu suka. Apa taknya dah sedap memang la suka. 

Semoga Wan dan Tok Ayah terus panjang umur, murah rezeki, di rahmati Allah, sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT tiap saat dan ketika. Aamin aamin Ya Mujib. Terima kasih Allah atas kasih sayangMU buat keluarga kami. 

Catat Ulasan

0 Ulasan