Tips 10 Detik Pertama Dari Dr Ary Ginanjar Agustian

July 01, 2020

Tips 10 Detik Pertama Dari Dr Ary Ginanjar Agustian | Assalamualaikum  selamat petang sahabat dna juga pembaca blog KakYa. Buat apa petang ni? Duk tunggu siaran langsung sidang media daripada Menteri Kanan Pendidikan kita ke tu? Ok, walau apa saja korang duk buat sekarang apakata mai baca sekejap apa yang KakYa nak kongsi petang ni untuk korang. 

www.akifimtiyaz.com

Tips 10 Detik Pertama Dari Dr Ary Ginanjar Agustian

Ini adalah perkongsian best dan bermakna yang boleh korang praktikkan dalam hidup seharian.  Ilmu Sepuluh Detik Pertama ini di kongsikan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian dalam satu perkongsian video dan telah di muat naik ke channel YouTube ESQ Malaysia beberapa hari lepas. Menurut Dr Ary Ginanjar, ini adalah tips yang luar biasa dan hasilnya benar benar teruji dan Dr Ary sendiri sudah merasakannya. Ilmu ini Dr Ary namakan Ilmu 10 Detik.

Ilmu Sepuluh Detik 

Apakah Itu Ilmu 10 Detik

10 detik kita keluar dari rumah, baik dalam kenderaan peribadi, kenderaan awam ataupon berjalan kaki, maka 10 detik pertama yang kita lihat kita doakan.

Contoh; 

- Saya pertama kali langsung lihat orang mengayuh basikal, saya doakan dia supaya dia sihat walafiat.
- Kemudian yang kedua aaya lihat pemulung, saya doakan dia rezekinya melimpah.
-  Yang ketiga saya lihat kedai yang tutup kelihatannya sepi daripada pengunjung, saya doakan laris dan juga maju jaya sejahtera.

Ertinya, apa saja yang kita lihat dalam hitungan 1, 2, 3, 4, 5 apa saja dilihat anda langsung berempati dan anda doakan. Itu bukan hanya membuat fikiran anda positif dan membuka danau dan energy yang baik dalam fikiran yang akan menarik segala kebaikan tapi sesungguhnya dalam hadis dikatakan "ketika engkau berdoa kepada orang lain sesungguhnya malaikat berdoa kepadamu". Okey selamat melaksanakan tips 10 detik pertama. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua sebagai hamba Allah SWT. Aamin aamin Ya Mujib. 

Sumber : Video Dr Ary Ginanjar Agustian
Alih video ke teks oleh : KakYa www.akifimtiyaz.com (telah diubah sedikit ke bahasa Melayu untuk perkataan Indonesia yang sukar KakYa fahami) .

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.