Taklimat Guru Bersama Ibubapa Penjaga Anak Anak TESMAL Secara Online Melalui Google Meet

Taklimat Guru Bersama Ibubapa Penjaga Anak Anak TESMAL Secara Online Melalui Google Meet | Alhamdulillah Syukur Ya Allah, masih diberi ruang juga peluang untuk terus mencoretkan kata di ruang kesayangan KakYa ini. Alhamdulillah semalam berlangsung taklimat daripada Bonda Pengetua TESMAL bersama ibu bapa penjaga anak anak TESMAL berhubung pembukaaan sekolah pada 15 Julai 2020 iaitu pada hari Selasa ini. Ok, ni first time KakYa join group taklimat sekolah menggunakan aplikasi Google Meet. Sebelum ni pernah tahu dan guna Google Meet ni sebab Insyirah anak sulung KakYa ada kelas online dengan Cikgu menggunakan Google Meet. Jadi sedikit sebanyak KakYa dah tahu mengenai aplikasi ini.


Cumanya apabila menggunakan aplikasi Google Meet tidak semua ibubapa penjaga dapat turut serta. Kehadiran boleh dikatakan agak mengecewakan. Tak semua ibubapa penjaga  dapat hadir taklimat walaupun tarikh taklimat telah diberitahu awal. Sedangkan motif taklimat menggunakan Google Meet adalah bagi memudahkan komunikasi dua hala antara guru dan juga ibubapa penjaga agar taklimat dapat disampaikan dengan lebih sempurna. Tapi ya la kan, kita tak tahu apa masalah ibubapa penjaga dalam waktu tersebut. Semoga dipermudahkan buat kita semua ibubapa penjaga. 


Sebelum ini ibubapa penjaga anak anak TESMAL sedikit risau apabila penyusunan semula asrama  yang bakal dilaksanakan akan ada pelajar yang terpaksa berulang alik dari rumah untuk ke sekolah. Makanya satu survey telah dibuat berkenaan hal yang terjadi namun semalam sewaktu taklimat dijalankan Pn Bonda Pengetua telah memberitahu pihak sekolah telah membuat persediaan rapi untuk semua murid kembali ke sekolah dan asrama. Setelah penyusunan semula asrama mengikut SOP yang ditetapkan KPA. Alhamdulillah keputusan positif dicapai. Menurut Bonda Pengetua, semua murid boleh tinggal di asrama apabila sekolah dibuka. Syukur Ya Allah. 

Oleh itu pihak sekolah memohon semua ibubapa penjaga untuk membuat persediaan rapi bagi memastikan perjalanan urusan kemasukan anak anak ke asrama dan sekolah berjalan sempurna. Semua murid akan kembali ke asrama Pada 14 Julai 2020 iaitu pada hari Selasa.  

Jadinya hari Selasa ni KakYa dan suami akan hantar Kakak Insyirah ke asrama.  Semoga dipermudahkan perjalanan Kakak Insyirah dalam meneruskan pembelajaran di TESMAL.  Sedih la pulak sebab bila anak anak dah lama kat rumah tetiba nak kena balik asrama. Kakak pulak dah tiga hari demam. Demam terkejut nak masuk asrama gamaknya. Moga hari pendaftraba  nanti Kakak dah baik sepenuhnya. InsyaAllah Aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.