Takde Channel Youtube Ke?

July 07, 2020

Takde Channel Youtube Ke?  | Ada yang tanya  KakYa tentang job blogger dan diaorang ada tanya takde Youtube ke? Ada! apa pulak takdenya, ada jer Youtube kita cuma tak aktif jer. Ada la dua tiga ketul pengikut dan dua ketul video. Tu pon video saja suka suka letak ambio syarat hehehe. 


Ni ha channel Youtube KakYa. Takde apa yang menarik pon sebab tak upload video sangat kat sini. Ada dua ketul video jer kat sini yang KakYa upload tiga tahun dan lima tahun lepas. Uikss lama benor dah channel Youtube KakYa ni. wujud rupanya. Video kita tu ada jugak la yang view. View untuk satu video dalam 2k. Okeyla ada jugak yang tengok video kita. Hahaha. Kelakar pulak rasa bila tengok video Cempedak Goreng tu ha. Video dalam 0.19 saat jer,  view dalam 2.7k. Ntah hapa hapa laa yang KakYa upload. Nak gelak pon ada bila tengok. 

Pasni nak kena rajin upload video kat Youtube la pulak. Tapi kena tengok keadaan jugak. Datang mood kerajinan boleh la kita buat video. Orang yang tak berapa pakar bab bab video cam KakYa ni segan sikit la nak upload video. Tunggu ada keberanian dulu la baru KakYa upload. 

Korang yang ada channel Youtube meh la subscribe channel Youtube KakYa ni. Kita tambahkan kenalan sesama kita. Link kat atas ya. Atas sana ... naik balik naik balik. Tudiaaa link kat bawah gambar atas ya. Mana la tau kan bila dah ramai yang subscribe tetiba datang mood nak belajar buat video pulak. Kita tengok ler nanti. 

Kekadang kita ni nak buat satu satu benda kena tengok kemampuan jugak. Bukan ikut orang jer.  Orang buat kita pon nak buat. Tapi hasil hampeh. Jadi kena ukur baju dulu la kat badan KakYa ni sebelum mula berbaik baik ngan Youtube. Apa apa pon kita jalan terus jer. KakYa ikut hati jer sebenarnya. 


Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.