Summit Reset Hidup SRH Bangkit Survive Gaya Nabi

Summit Reset Hidup SRH Bangkit Survive Gaya Nabi | Bermula 6 Julai hingga 9 Ogos 2020 selama 30 Hari. 48 Panelis, 48 Topik Secara Video Rakaman Berjadual, 8 Sesi LIVE Forum bersama Panelis. Semuanya melalui Facebook Group Tertutup.

www.akifimtiyaz.com

Apa Itu Summit Reset Hidup SRH? 

Summit Reset Hidup SRH merupakan satu taman syurga maya yang menggabungkan 46 orang pakar bidang yang membincangkan topik paling dekat dengan masyarakat pada ketika ini, bagaimana untuk bangkit daripada situasi sukar.

www.akifimtiyaz.com

Apa Topik Summit Reset Hidup SRH? 

Topik SRH terbahagi kepada 5 teras utama iaitu :

1. Kesihatan.
2. Kepemimpinan.
3. Bisnes dan Kewangan.
4. Perhubungan Rumah Tangga dan Kekeluargaan.
5. Gaya Hidup.

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtiyaz.com

www.akifimtyaz.com

www.akifimtiyaz.com

Apakah Tema Summit Reset Hidup SRH?

Summit ini membawa tema kebangkitan berdasarkan sunnah dan amalan para nabi. Ia membawa segala penemuan, penyelidikan dan pengamatan kepada bagaimana golongan salafussoleh dan para nabi dapat menghadapi segala cabaran, ujian dan keresahan.

Mereka bukan sahaja dapat 'survive', mereka dapat bangkit hingga membina generasi yang dapat menguasai dua pertiga dunia dan membangun ketamadunan sejagat.

Bagaimana Summit Reset Hidup SRH Dilaksanakan?

Summit Reset Hidup SRH dianjurkan secara dalam talian sepenuhnya melalui ruangan pembelajaran secara video bermodul dan forum secara langsung melalui platform Facebook Group Tertutup.

Bila Summit Reset Hidup SRH Akan Bermula?

Ia bermula daripada 6 Julai hingga 9 Ogos 2020, 30 hari dengan 3 ucaptama, 43 pembentangan berimpak tinggi dan forum panelis secara langsung.

Apakah Topik Yang Akan Dibincangkan Dalam Summit Reset Hidup SRH

5 Teras Topik SUMMIT RESET HIDUP yang akan mengupas persoalan yang bermain dalam minda kita:

1. GAYA HIDUP

Anda terbeban dengan keadaan gaya hidup yang tertekan, kecewa, sedih?

Kenapa hidup ini terlalu sukar untuk diharungi?
Kenapa aku diuji?

Bagaimana nak bangkit semula dengan kesusahan yang aku hadap sekarang ini?

2. BERPASANGAN HINGGA BERKELUARGA

Kenapa susah sangat nak mencari Jodoh?
Bagaimana nak bawa keluarga aku keluar dari dosa dan maksiat?

Mengapa aku perlu hadap keluarga yang bermasalah?

Ayah, tidakkah kau sayangi aku?

Wahai suami, ubahlah dirimu menjadi pemimpin isterimu.

3. KEPIMPINAN

Kenapa susah sangat orang nak dengar cakap aku?

Bagaimana mahu menjadi pemimpin yang dihormati?

Adakah pimpinan yang bagus itu sekadar personality yang baik?

Pemimpin kejam vs Pemimpin mulia?

4. BISNES & KEWANGAN

Duit, kenapa cepat sangat habis?

Adakah sedekah punca rezeki mudah dapat?
Bagaimana mahu menguruskan kewangan yang baik?

Macam mana nak tingkatkan jualan dalam bisnes?

Adakah cara terbaik yang boleh diikuti sebagaimana cara nabi berniaga?

5. KESIHATAN

Halalkah makanan itu?

Bagaimana menghilangkan stress dalam hidup?

Kenapa aku tidak sihat dan selalu terasa letih dan lesu?

Siapakah Panel Yang Terlibat Dalam Summit Reset Hidup SRH 

Mereka adalah pengamal dalam bidang masing-masing. Mereka hidup menggunakan kemahiran ini. Kali ini mereka akan membantu Anda untuk merancang pelan gaya hidup yang lebih produktif untuk Bangkit dan Survive Gaya Nabi.

Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Pakar motivasi no. 1 Malaysia, selebriti televisyen dan radio.

Dato' Hussamudin Yaacob

Pengerusi dan pengasas Kumpulan Karangkraf, pengasas gerakan World Quran Hour, pengerusi lembaga pengarah TV Al-Hijrah dan pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Kelantan.

Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Doktor perubatan, pakar Islam dan sains, pengarang beberapa buah buku terlaris dalam bidang Islam dan sains, pemudah cara rancangan Halaqah di saluran televisyen TV9.

Fazrul Ismail

Ketua pegawai konten (CCO) di Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, pakar dalam bidang tadabbur Al-Quran dan pemudah Cara rancangan Quran Time di saluran TV Al-Hijrah.

Fauzul Na'im Ishak

Usahawan, penerbit buku, inspirator, pakar pembangunan potensi diri dan pengasas bersama Sistem Analisa Personaliti Diri DynamicDISC.

Adam Corrie

Usahawan, pelakon, selebriti televisyen dan pendakwah.

Solhi Sharif

Jurulatih kecerdasan emosi bertauliah di UWAiS Academy, berkepakaran dalam bidang Self-Genius dan pengkaji gaya fikir kenabian sebagai penyelesai masalah hidup.

Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof

Penggerak dalam projek Tafsir Al Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz, pengkaji hadith & sirah Nabawiyyah dan pengasas kursus mini MBA Gaya Rasulullah.

Ustazah Umi Maudah Ali

Dikenali dengan jenama Ustazah Cinta, Pengasas NadiCinta Resources, penceramah motivasi dan ceramah dengan konsep Let’s Change!

Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah

Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, pakar dalam bidang tafsir Al-Quran, kajian manuskrip dan ilmu hadis dan panel penulis buku bestseller ‘Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam’.

Ir. Hj. Kazren Jusri Bin Abdul Karim

Penasihat dalam bidang pembangunan profesionalisme dan pakar dalam bidang penjenamaan diri berdasarkan konsep kejuruteraan.

Muhammad Amirul Syaddad Daud

Penerima anugerah Ikon Dakwah Siswa Yayasan Dakwah Islam Malaysia ( YADIM ) dan pengasas Millennial Family Ventures Malaysia.

Ungku Azlan Ungku Chulan

Ketua pegawai eksekutif badan perunding QTF Consulting, seorang jurulatih bertauliah dalam bidang Neurolinguistic Programming (NLP) dan pengasas konsep Islamic NLP (I-NLP).

Ustaz Haji Syed Shahridzan Ben-Agil

Pembimbing Celik Feqh, pejuang sistem pengajian Talaqqi & kepentingan kitab turath, pengkaji bahasa Al-Quran dan presiden Pertubuhan Markas Imam Tirmidhi (Tirmidhi Centre).

Mior Azli Mior Md Isa

Pengurus besar di anak syarikat milik kerajaan, seorang jurulatih, coach pembangunan diri dan pengurusan bisnes.

Muhammad Hairin Ahmad Supian


Meta Coach di Strategic HRM PLT ,pakar pembangunan indusri bisnes peruncitan dan pengamal pengajaràn gaya hidup sihat Islam Holistik.

Ustaz Long Kechik

Pakar pembangunan insan, pendakwah dan pengisi slot motivasi pagi di Radio IKIM.FM

Ummi Rosmawati

Penggerak penyebaran Asmaulhusna. Motivasi berteraskan konsepsi dan aplikasi Asmaulhusna. Pengasas Teknik Langsai Hutang dengan 99 Asmaulhusna.

Haji Mat Nor bin Abdullah

Pengarah urusan HSE Group of Companies dan pakar pembangunan modal Insan.

Ustaz Nabil Haji Ahmad

Pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selebriti rancangan berteraskan agama televisyen dan pemudah cara rancangan agama di saluran TV1 RTM.

Ir. Nurul Huda Haji Mat Nor

Pengarah operasi di HSE Group of Companies dan pakar dalam bidang prosedur operasi standard (SOP).

Tuan Haji Zahidi

Pakar sistem kewangan Islam dan pembangun Modul Perancang Kewangan Islam (IFP).

Ustaz Hj. Rusydi Ramli Al-Jauhari

Penulis bestseller bertajuk Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, pengasas Kaedah Tajwid Ar-Rumi dan penyumbang slot Rasional Sunnah di Radio IKIM.FM

Noraminah Omar

Pengarah ABA Planning Club, penasihat dan coach pengurusan perniagaan, pencetus perubahan dalam organisasi dan pendokong kepada transformasi pengurusan perniagaan.

Mohd Johari Bukari

Lebih 30 tahun melibatkan diri dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia. Principal Consultant di ILR Impact Learning & Resources.

Mohd Zikrul Hakim Noor (Coachakim)

Berperanan aktif sebagai agen perubahan dalam me 'manusia' kan manusia.

Ustaz Abdullah Abd Rahman Shah (ARS)

Pengasas Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) dan Penulis Buku S.O.L.U.S.I Menuju Baitullah.

Haji Mohd Khursani Md Khakhir

Penulis buku Haji Ifrad Tak Susah Pun, seorang pembimbing Haji & Umrah dan dalam proses menyelesaikan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Pemasaran.

Dr. Lily Fariza Karim

Usahawan, pakar perubatan mengkhusus dalam bidang perbidanan dan sakit puan (O&G) dan jurulatih fitness.

Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin

Pengamal undang-Undang Syariah, pengetua Maahad Sains Al-Quran Al-Amin, penggerak badan NGO, selebriti televisyen dan pengendali slot Pesona D Zahra di saluran Radio IKIM.FM 

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid bin Mohd Yunos

Pensyarah dan penyelidik di Universiti Putra Malaysia, penyelidik kumpulan penyelidikan Warisan Alam Bina & Reka Bentuk Islam (WARIS), motivator & pengkaji sirah nabawiyyah dalam bidang kepimpinan.

Ustaz Gunawan Che Ab Aziz

Pengerusi Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISLAMI) Cawangan Putrajaya, Pengerusi Yayasan Himmah Malaysia dan Pengasas Modul Pengurusan Kecerdasan Jiwa Insani.

Dr. Razali Maarof

Pakar pembangunan diri, kepimpinan dan komunikasi.

Mohammad Isa Abdul Rahman

Pakar Kewangan Peribadi dan banyak melatih kumpulan usahawan baru dalam bidang kewangan peribadi.

Mohd Faizal Zainuddin

Pengerusi Persatuan Generasi Prihatin (GenP) dan pengendali Modul Bengkel Akil Baligh Anak Lelaki.

Ustaz Junaid Talib

Pendakwah dan penceramah bebas, sering dijemput mengisi slot mengenai pembangunan akhlak mengikut acuan Rasulullah.

Ustaz Muhammad Idris Muharam

Pengkaji kitab-kitab pondok dalam bidang Fiqh dan Tauhid, pernah berguru dengan guru-guru pondok hebat di Hudaibiyah Yemen, seorang pendakwah dan pencermah bebas.

Farook Nasar

Pengalaman 22 tahun dalam diagnostik syarikat korporat dan PKS, Penulis buku Principles and Contemporary Issues in Internal Auditing untuk universiti awam.

Ustaz Muhammad Mujahid Mohd Mohtar

Pengarah Urusan di syarikat mengurus perjalanan Tawfir Travel&Tour Sdn Bhd dan menjadi pengurus di Akademi Tawfir, berkelulusan Sarjana dalam bidang Syariah Undang-undang.

Syazani Rosli

Pengasas saluran Youtube Sumber Inspirasi, master trainer SNP Malaysia dan jurulatih bertauliah NNLP.

Perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) dan pengasas modul perancangan kewangan IFQ (Intelligent Quoteint + Financial Quetient / IQ + FQ).

Afyan Mat Rawi

Perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) dan pengasas modul perancangan kewangan IFQ (Intelligent Quoteint + Financial Quetient / IQ + FQ).

Cikgu Razali Kamarudin

Pakar pembangunan diri, pensyarah di kolej vokasional dan pengarang siri buku Membangun Potensi Diri melalui Solat.

Tuan Haji Abdul Ghani

Pakar pembangunan diri dan kepemimpinan.

Ustaz Shakirul Naim Mat Rasad

Pemegang Sarjana dalam bidang Syariah Perundangan Islam, seorang mutawif bertauliah, pembangun modul motivasi pembangunan jiwa dan pengurus di FINE Training Academy Sdn Bhd.

Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud

Pendakwah, penulis, moderator Forum Perdana Ehwal Islam dan penyampai Tadabbur AlQuran Majlis Tilawah AlQuran Antarabangsa.

Shuhada Hasim

Seorang jurugambar profesional yang mengkhusus dalam pengisian fotografi Islamik, speaker dan konsultan untuk Muslim Women, Faith & Modesty Retreat dan pengasas Konsep Terapi Jiwa menggunakan Fotografi.

Dr. Hajjah Azuraida Shahadan

Pakar kepimpinan diri, keluarga & organisasi, Motivator TV & Astro Radio, penulis buku kepimpinan dan keibubapaan, pengarah eksekutif Yayasan Pembangunan Buku Negara & setiausaha Pertubuhan Bukan Kerajaan Kasih Neelofa.

Dr. Noorfaradila Ab Kadir

Kaunselor di Kolej Poly-Tech MARA Kampus Kota Bharu, penerima anugerah Staff Berpotensi dan Usahawan.

Jadi apa tunggu lagi, anda ada masa beberapa hari lagi untuk join program ini. Bertindak segera untuk pendaftaran. Klik link di bawah untuk pendaftaran; 

https://thenextstore.onpay.my/order/form/BRGRESETHIDUP/CRK

Catat Ulasan

0 Ulasan