Sekolah Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020

Sekolah Sesi 2010 Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020 | Sekolah akan kembali dibuka pada 15 Julai 2020 untuk murid Tahun 5 dan 6 serta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Manakala murid Tahun 1 hingga 4 akan mula ke sekolah pada 22 Julai 2020. Hebahan ini telah di siarkan secara langsung pada jam 4 petang tadi dalam sidang media oleh Dr Radzi Mat Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia.


Maka petang ini selepas saja pengumuman daripada Dr Radzi Mat Jidin tadi, berpusu pusulah WhatsApp masuk ke group sekolah anak anak. Jangan cakap kat group sekolah anak anak korang takde yang duk bercakap duk bertanya itu ini ya, sebab memang sah sah group duk heboh dah tanya macam macam kat Cikgu. KakYa rasa Cikgu pon naik pening dah nak menjawap soalan. Jadi mohon duk dediam dan sabarlah sedikit ya Tuan Puan sekalian nanti Cikgu akan umumkan sekali lagi kat group sekolah anak anak korang.

Petang ni saja mak ayah yang duk tanya bab asrama, bab bila boleh hantar anak anak ke asrama, macam mana anak anak akan duduk kat asrama, bab kelas, berapa orang dalam kelas dan banyak benar pertanyaan lain. Dalam keadaan sekarang ni Tuan Puan kita tak digalakkan bertanya soalan bertubi tubi. Cuba sabar dulu, bagi Cikgu terangkan satu satu. Lagipon bukan Dr Radzi Mat Jidin bagitau esok dah kena masuk sekolah. Beliau bagitahu masuk sekolah 15 Julai 2020 bukan esok. Jadi jangan duk kalut jangan duk panik sangat naaa. Sabar dan tunggu pengumuman daripada guru kelas anak anak anda. Sabar ya Tuan Puan.

KakYa pon sedang sabar jugak ni duk tunggu apalah yang Cikgu nak bagitahu nanti. Kita bersiap sedia jer la ya.

Catat Ulasan

0 Ulasan