Kerajaan Akan Laksana Semula PKP Jika Kes COVID-19 Meningkat Kembali Kepada Tiga Angka

July 26, 2020

Kerajaan Akan Laksana Semula PKP Jika Kes COVID-19 Meningkat Kembali Kepada Tiga Angka | Tadi KakYa jenguk kat Telegram MKN, sejak dua tiga empat harini memang kerapkali la KakYa duk jenguk jenguk sejak ada kluster baru di negeri Pahang ni. Al maklum la kita kan tinggal kat Pahang, bila muncul kluster baru dari negeri Pahang memang buat jantung dup dap dup dap jer. Nak pegi jalan jalan kat Bandar Kuantan pon KakYa jadi gerun. Kalau tengok jer orang luar, contoh bangladesh ke pakistan ke, mula la KakYa jadi lain macam. Apalagi bila tengok yang tak pakai mask. Macam tengok Zombie pon ada rasa nak lari jejauh. Nak isi minyak keter pon takut huhuhuhu. Dah jadik cam seram sejuk pulak dah sejak kes makin meningkat, tiga empat hari ni. Korang takde rasa apa apa ke dengan perkembangan Covid-19 sekarang ni? 


Tengahari tadi KakYa jenguk lagi Telegram MKN. Nah keluar pulak satu post lagi berbunyi "Kerajaan akan laksana semula PKP jika kes COVID-19 meningkat kembali kepada tiga angka - Ismail Sabri". 

Perkembangan Terkini Covid 19 Malaysia 

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan semasa dan terkini melalui media sosial Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dapatkan maklumat yang terkini dan sahih hanya di: 

Telegram Rasmi MKN 

Twitter Rasmi MKN

Instagram Rasmi MKN

Facebook Rasmi MKN

Ini adalah media sosial Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk maklumat sahih dan terkini hanya klik saja link kat atas. Tak perlu nak baca citer tak sahih dan sharing yang tak betul. Rujuk saja pada media sosial MKN. 

Jangan Alpa! Jangan Pandang Ringan Terhadap Pandemik Covid-19

Bermula 1 Ogos, kita diwajibkan pakai pelitup muka di tempat awam yang sesak seperti dalam LRT,  pasar atau pasar tani. 

Pakailah pelitup muka di tempat sesak yang tiada penjarakan sosial. Pelitup muka mampu mengurangkan risiko jangkitan #COVID19 sehingga 60%.

Jangan ambil mudah dan pandang ringan terhadap pandemik COVID-19. Kita masih belum menang. Teruskan patuhi SIP yang telah ditetapkan. 

Kurangkan Risiko Jangkitan Covid-19

Kurangkan risiko jangkitan COVID-19 dengan:

1. Mengamalkan etika batuk dan bersin
2. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer
3. Pakai penutup mulut dan hidung
4. Jaga kebersihan diri

Sama sama kita jaga kita. Semoga kita semua selamat daripada jangkitan Covid-19. 

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. kami 1 keluarga sekarang pun dah wajibkan pakai mask bila keluar. Hari2 Pesan kat anak2 juga ikut SOP. Jangan seronok sangat dok jumpa kawan sampai tak jaga jarak.

    ReplyDelete
  2. Kalau itu yang terbaik, kenalah kita akur kan kak ya

    ReplyDelete
  3. Tak maulah PKP semula. Jenuh dok terperap kat umah hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.