Kembali Ke Sekolah Di Musim PKPB

Kembali Ke Sekolah Di Musim PKPB | Sesi persekolahan selepas PKPP bakal bermula 15 Julai 2020. Setelah hampir tiga bulan sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia, akhirnya sesi persekolahan semula anak anak akan bermula pada hari Rabu ini. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT akhirnya anak anak akan kembali ke sekolah seperti biasa setelah sekian lama bercuti.

Rambut PKP. Sebelum potong rambut tadi.. Baru baru ni suami KakYa bawak Akif dan abang Iman ambil gambar ukuran passport. Saja buat kenang kenangan gambar masa PKP. 

Anak anak akan ke sekolah seperti biasa dengan  mengamalkan norma baharu. Perasan gembira dan bimbang pasti terselit di hati ibubapa termasuk KakYa dan suami sendiri. Tapi KakYa dan suami yakin tiada apa yang memudaratkan berdasarkan prosedur operasi standart (SOP) ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pastinya persiapan rapi telah dibuat oleh pihak sekolah dengan pematuhan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah. Semoga pembukaan semula sekolah memberi lebih peluang untuk anak anak belajar dengan labih baik dan teratur seperti sebelum ini. InsyaAllah aamin aamin Ya Allah Ya Mujib.

Dah kemas dah rambut dak kecik. Selesa la kata dia. Sebelum ni rambut nak tutup mata dah. Bila dah potong rambut ni, baru nampak kecik sikit kepala hehehe.

Petang tadi Akif dah potong rambut. KakYa sebenarnya takut jugak bab bab potong rambut  anak pada musim sekarang. Tapi mujurlah kat kawasan perumahan KakYa ni ada seorang remaja yang kerja kat kedai potong rambut dan dia ada peralatan potong rambut kat rumah. Jadi sepanjang PKPB ni ramai la anak anak yang potong rambut menggunakan khidmat beliau. Petang tadi kebetulan takde orang jadi Akif pergi untuk potong rambut. Nak masuk sekolah kena la kemas rambut yang serabai. Cikgu pon dah pesan awal awal anak lelaki pastikan potong rambut ikut potongan anak sekolah. Tudia dah pendek dah rambut Akif. Hensem balik dah anak Umi ngan rambut baru hehehe.

Bila minta posing tunjuk rambut baru. Ni haa gaya dia. Macam kening jer menonjol. Ni posing tunjuk kening ke apa ni. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Hensem abang rambut panjang!
    Tapi tu la, kat malaysia kena rambut pendek gi sekolah. Anak saya pun rambut dah macam helmet, nak gi sekolah cmana entahlah ni hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasni dah kena potong la Syaz kalau rambut panjang sebab nak ke sekolah hehe

      Padam
  2. Selamat kembali kesekolah adik adik semua. Jangan lupa SOP :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.