Kelebihan Membaca Surah At Taubah Ayat 128-129

July 28, 2020

Kelebihan Membaca Surah At Taubah Ayat 128-129 | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana pagini KakYa masih lagi diberi ruang juga peluang untuk menikmati udara segar di bumi Allah ini. Pagini KakYa nak kongsikan ilmu buat sahabat pembaca blog KakYa. Pagini kita kongsi mengenai Surah At Taubah dan amalan membaca dua ayat terakhir iaitu ayat 128-129 dari Surah At Taubah. Semoga bermanfaat.

Surah At Taubah 

Surah At Taubah mengandungi 129 ayat dan diturunkan di Madinah. Dinamakan dengan  At Taubah (Taubat) kerana pada ayat ke 117 ada disebut perihal golongan yang telah bertaubat dari kesalahan mereka yang salah lalu Allah telah menerima taubat mereka.

Amalan Dua Ayat Terakhir Surah At Taubah 

Baca ayat 128-129 sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat.

www.akifimtiyaz.com

LAQOD JAA-AKUM RASUULUM MIN ANFUSIKUM AZIIZUN ALAIHI MAA ANITTUM HARII-SHUN ALAIKUM BILMU’MINIINA RAUUFUR RAHIIM
Maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.

www.akifimtiyaz.com

FAIN TAWALLAU FAQUL HASBIYALLAAHU LAAILAAHA ILLAA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WAHUWA RABBUL ARSYIL AZHIIM.

Maksudnya: 
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar”.

Jika dibaca pada waktu pagi, InsyaAllah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah SWT.

Kelebihan Lain Surah At Taubah

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Sama sama kita amalkan dan jadikan amalan. Semoga dengan izin Allah SWT dengan mengamalkan ayat ini kita dapat keluar dari apa saja masalah yang kita hadapi dan segala hajat kita ditunaikan olehNYA. InsyaAllah Aamin aamin Ya Mujib.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Assalamualaikum kakya. Salam kenal, salam ziarah :)

    Perkongsian yg baik alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik.. Terima kasih Lya..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik kak ya <3

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.