Jangan Tinggal Zikir Ini Setiap Hari : Baca Dan Jadikan Amalan Harian

Jangan Tinggal Zikir Ini Setiap Hari : Baca Dan Jadikan Amalan Harian | Alhamdulillah pagi ni KakYa dapat lagi berkongsi ilmu bersama sahabat. Perkongsian ilmu pada hari ini, KakYa dapat daripada video ceramah Ustazah Norhafizah Musa. Kata beliau dalam ceramahnya, ada seorang sahabat di zaman Rasulullah SAW, dia berzikir jer kerjanya dari pagi sampai petang. Rasulullah SAW nampak dia berzikir lalu berkata; 

"Inginkah kamu aku ajarkan empat kalimah. Sekiranya ditimbang kalimah ini dengan apa yang kamu zikirkan daripada pagi sampai petang nescaya kalimah yang aku ajarkan ini pasti lebih berat dalam timbangan amalmu".

Kalimah Tasbih Dalam Amalan Harian 

Kalimah yang Nabi Muhammad SAW ajar ini adalah kalimah tasbih. Kalimah yang berbunyi;

SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI
ADADA KHALQHIHI
WA RIDA NAFSIHI
WAZINATA ARSHIHI 
WA MIDADA KALIMATIHI

www.akifimtiyaz.com









Ustazah Norhafizah Musa dalam ceramahnya berkata; Nabi Muhammad SAW kata baca tiga kali kalimah ini, berat dalam timbangan amal mengatasi zikir yang lain sebahagian zikir yang lain yang kita baca daripada pagi sampai petang. Bayangkan hebatnya. Jadi jangan tinggal tasbih ini dan paling kurang bacalah 3 kali sehari. 

Subhanallah hebatnya kalimah tasbih ini sahabat. Sama sama kita amalkan kalimah tasbih ini ya sahabat. Semoga menjadi amalan harian kita setiap hari. InsyaAllah. Sama sama kita berkongsi ilmu bermanfaat untuk saham akhirat kita bersama. Aamin aamin Ya Allah Ya Mujib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.