Hello July Chapter 7 Of 12

July 01, 2020

Hello July Chapter 7 Of 12 | July sayang sayang hope KakYa can be better than last month. Beralih bulan lagi kita hari ini. Sedar tak sedar dahpon masuk bulan July dah kita ya. Tanoa kita sedar, dah setengah tahun lebih kita di tahun 2020. June telahpon berlalu pergi semalam, July datang lagi untuk kesekian kalinya, bakal membawa sejuta kisah dan juga cerita. Walau apapon cerita yang datang, tak kira gembira, sedih mahupon duka moga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah SWT.  

⚘New month
⚘New beginning
⚘New mindset
⚘New focus
⚘New start
⚘New intentions
⚘New result

www.akifimtiyaz.com

Ya Allah! Ya Muhaimin, yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang tidak kami kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami daripada segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan dengki. Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara oleh-Mu akan selamatlah daripada segala yang tidak baik.

Ya Allah! Ya Bari’, Yang Maha Mengatur, aturkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.

Ya Allah! Ya Fattah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesukaran kami.

Ya Allah! Ya Hafiz, wahai Tuhan yang Maha Memelihara, peliharalah kami semua, peliharalah anak-anak kami daripada segala bencana keburukan, peliharalah kesemua ahli keluarga dan mereka yang kami sayangi daripada segala yang tidak diingini, bencana, wabak, penyakit, kemiskinan, perangai dan lain-lain keburukan.

Tanda Sayang,
KakYa ⚘
www.akifimtiyaz.com
9 Zulkaedah 1441
Rabu 1 July 2020

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.