Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan

Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan | Kita kadangkala terlupa untuk berdoa, bangun pagi sebelum memulakan sesuatu pekerjaan sebaiknya kita dahulukan dengan berdoa kepada Allah SWT. Amalkan berdoa setiap pagi moga urusan kita dipermudahkan. Pagini KakYa kongsikan doa waktu pagi yang boleh diamalkan sebelum melakukan sebarang pekerjaan. 

www.akifimtiyaz.com

Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ
Ya Allah bantulah kami mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki ibadah kepadaMu.

Ya Allah permudahkanlah semua urusan kami baik dalam urusan agama, dunia dan akhirat. Berilah kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami. Kurniakan kami jiwa yang tenang dan hati yg lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam hidup kami. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahka urusan kami hari ini.

Ya Allah kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dan solat, kurniakan kami didalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lalu lindungilah kami didalamnya dari berbagai fitnah.

Kami memohon kepadaMu Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini. Kami mengharapkan redhaMu Ya Allah.

Ya Allah sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolonganMu.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah jangan kami remehkan amalan yang pahalanya kecil kerana mungkin itulah yang mengundang redhamu Ya Allah. Begitu juga Ya Allah janganlah kami memandang ringan dosa kecil kerana dibimbangi disitulah menjadi punca kemurkaan Mu Ya Allah.

Ya Allah, limpahkan dan lipat gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak anak dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran jiran kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Allahumma Amin Ya Mujib .

Semoga perkongsian doa ini memberi manfaat buat kita semua. Sama sama kita amalkan. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.