Demam On Off 6 Hari Badan Menggigil : Insyirah Di Sahkan Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah

Demam On Off 6 Hari Badan Menggigil : Insyirah Di Sahkan Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah | Sejak enam hari lepas, Insyirah demam ON OFF dan bila tengah malam jer seluruh tubuh panas hingga tubuh menggigil. Kalau ikutkan pada pengalaman KakYa sepanjang menjaga dan membesarkan anak sulung KakYa ni, demam ON OFF dan menggigil dengan suhu badan yang tinggi, memang dah biasa dialami. Tapi bila keadaan berlarutan hingga 6 hari KakYa rasa macam ada yang tak kena pada diri anak KakYa ni. Sepanjang demam memang ada ambik ubat demam dan semalam KakYa bawak Insyirah ke klinik sekali lagi sebab ubat demam dah habis. Kat klinik semalam doktor bertugas  ada bagitahu kalau makan ubat ni masih tak ok jugak, esok kena pergi Hospital ambil darah sebab dah enam hari demam dan doktor cakap takut denggi. 

www.akifimtiyaz.com

Semalam lepas  balik klinik dan makan ubat sekitar jam 10 malam, Insyirah masuk tidur. Jam 12 malam dia terjaga dan bagitahu sejuk. KakYa rasa dahi dan tubuh dia panas sangat dan badan dia pon dan menggigil gigil. Kuku tangan pon dah jadi biru. Terus bagi makan sebijik lagi ubat demam dan bagi dia tidur. Pagini terus bawak dia ke Hospital Kemaman. Awal pagi tadi KakYa dah ada kat  hospital Kemaman. Alhamdulillah kat Kecemasan dan Trauma tak ramai orang. Daftar nama, duduk kejap dah boleh masuk. 

Oleh kerana demam tak tahu punca, selama enam hari doktor cakap kena ambil darah untuk buat ujian. Tadi masa dalam kereta, sebelum tiba kat hospital KakYa dah bagitau Insyirah, nanti memang kena ambik darah la sebab kakak dah lama demam. "Kalau tak ambik darah tak boleh ke Umi? .. Check dah la" . Boleh pulak dia tanya gitu. KakYa dah terang kat dia biasanya kalau  demam lebih 3 hari kena ambik darah nak tau apa sakit kita. Kena la ikut. Muka pon monyok jer bila dengar kena ambik darah. 

Tragedi Julai  Untuk Insyirah 

Masa doktor bagitahu nak ambik darah. Dia duk tanya dah kat doktor, sakit ke tak ni doktor? Jangan lama sangat ambik. Sakit ke tak? Lama ke tak? Doktor pulak cakap kejap jer. Ambik sikit jer untuk test. Tup tup tragedi buat dia, sebab masa doktor cucuk kat urat tangan darah tak keluar. Dah nangis dah dia. Pastu cucuk kat tangan satu lagi dua tiga kali tak jugak keluar. Mula mula sorang doktor pastu jadi 3 doktor. Tak dapat nak cari urat tak timbul. Darah pulak cam malu malu kucing pulak dah nak keluar. 
www.akifimtiyaz.com









Pastu doktor decide untuk ambik kat lengan. Cucuk sekali dah nangis balik dah dia, sakit katanya. Bila dah cucuk nak tarik darah dari jarum tu tak banyak  darah keluar. Sikit sangat jer dapat. Doktor cakap darah stuck. Aduh menangis lagi dia. Datang pulak dua doktor lagi duk tenangkan dia. Boleh pulak yang doktor seorang tu cakap kena guna jarum besar ni. Menangis siap sedu sedan la dia. Doktor gurau jer tu. Dah tak dapat nak ambik darah, doktor pon menyandar kat kerusi, camne nak buat ni. Try kat sebelah lagi la. Masa ni Insyirah cakap "Tak nak dah Umi tak nak dah. Sakit sangat tangan kakak ni Umi. Jadilah doktor. Sakit dah ni". Sabar sikit kakak. Umi yang tengok ni pon sedih. Doktor pon pening nak buat lagumana bila dia menangis. 

Doktor tanya la sakit sangat ke dik. Sakit la cucuk banyak kali kot kata dia. Pastu doktor usaha lagi cucuk lagi sekali kat lengan, slow slow tekan tekan usaha sebaik mungkin. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak darah tapi tak banyak keluar lambat lambat. Siap jer, jarum pulak jadi bengkok dan tak boleh nak tarik lagi jadi doktor letak jer selotape kat tangan sementara tunggu cabut jarum. Masa ni kakak dah ok skit dah cumanya dia cuak jugak la sebab doktor cakap tak boleh cabut lagi sebab stuck. Kita tunggu kejap. 

Dah siap ambik darah, duduk kat luar kejap dalam 5 minit rasanya dah boleh masuk balik jumpa doktor. Doktor tanya macam macam soklan dan aku sebagai mak yang rajin duk menggoogle bab demam menggigil ni terus la bagitahu kat doktor, saya google semalam sebab menggigil ni mungkin jugak kerana denggi, malaria, influenza dan jangkitan kuman. Empat tu yang KakYa baca semalam.

Jangkitan Kuman Dalam Darah

Result dah keluar doktor cakap bukan denggi, bukan malaria bukan jugak influenza. Hb pon okey, platelet dia ok tapi dalam darah ada jangkitan kuman sikit. Jadi betul la, sebab salah satu tanda demam panas menggigil yang KakYa google  adalah kerana jangkitan kuman. Makanya dah tahu la sebab kenapa demam kakak susah nak baik dan menggigil serta suhu badan tinggi mendadak. Rupa rupanya disebabkan jangkitan kuman dalam darah. 

www.akifimtiyaz.com

Syafakillah Nur Aina Insyirah 

Oleh kerana tak banyak hanya sedikit je jangkitan kuman dalam darah, jadi doktor hanya ON antibiotik dan jugak beberapa ubat lain untuk beberapa hari. Kalau masih tak ok kena datang kat hospital semula untuk buat ujian darah lagi sekali. Alhamdulillah tak perlu masuk wad. Syukur Ya Allah. Moga anak Umi, Nur Aina Insyirah diberikan kesembuhan secepat mungkin oleh Allah SWT.  Syafakillah wahai anakku. Ya Allah, KAU tariklah penyakit, ringankan kesakitan Nur Aina Insyirah Suhaimi. Semoga diberi kesembuhan dan segala urusan anakku dipermudahkan. Aamin aamin Ya Mujib. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusanku hari ini. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Semoga cepat sembuh insyirah, saya faham sangat susah nak dapat darah tu, masa pregnant tiap kali ambil darah, macam tu la, jenis yang urat susah nak jumpa..huhu..
    Habiskan antibiotik ya untuk elakkan antibiotic resistant ;)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.