Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Wakaf, Sedekah, Hibah Dan Zakat

Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Wakaf, Sedekah, Hibah Dan Zakat | Syukur alhamdulillah, masih lagi diberi kebebasan menghirup udara segar dengan nafas yang dipinjamkan olehNYA. Terima kasih Allah untuk  setiap aliran nafas yang dikurniakan buat hambaMU ini. Ok sahabat sekalian, pagini KakYa nak kongsikan sedikit perkongsian ilmu yang KakYa dapat, buat pembaca setia blog KakYa.  Jom kita kongsi ilmu dulu pagi pagi ni. Semoga perkongsian ilmu ini dapat kita manfaatkan bersama. InsyaAllah aamin aamin Ya Allah Ya Mujib. 

www.akifimtiyaz.com

Apakah Makna Wakaf, Sedekah, Hibah Dan Zakat 

Sepertimana yang kita tahu, ajaran islam menganjurkan pelbagai cara untuk kita sama sama membantu sesama insan. Dengan membantu kita bukan saja dapat meringankan beban tapi  mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Sebelum kita pergi lebih jauh apakata kita belajar dulu apa itu wakaf, sedekah, hibah dan zakat.

Wakaf

WAKAF: Berasal daripada perkataan arab waqafa yang membawa maksud berhenti menegah dan menahan. Manakala menurut istilah, wakaf ialah apa-apa harta yang menahan pewakaf daripada sebarang urusan jual beli. Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah.

Sedekah 

SEDEKAH: Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah swt.(Rujuk Al-Ta’rifat-1/132). Definisi sedekah sebagai apa yang kita berikan kerana Allah SWT kepada golongan fakir yang memerlukan.

Hibah 

HIBAH: Suatu pemberian seseorang kepada orang lain atau pihak tertentu dan pembahagian hibah tersebut dilakukan di saat pemberi masih hidup. Pemberian hibah tersebut dilakukan oleh pemilik harta sesuai dengan keinginan dan tidak menimbulkan protes dari keluarga yang tidak mendapat hibah. Pemilik harta atau kekayaan berhak memberikan kekayaan kepada siapa pun sekali pun tidak ada pertalian darah di antara pemberi hibah dengan yang diberi hibah.

Zakat 

ZAKAT: Sejumlah harta yang wajib dikeluarkan oleh umat islam untuk diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Misalnya fakir miskin sesuai dengan ketentuan syariat islam.Sedangkan dari segi bahasa pertain zakat adalah bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.

Perbezaan Antara Wakaf, Sedekah, Hibah Dan Zakat 

Dalam ajaran Islam beberapa istilah yang berbeza diketahui ketika membincangkan bantuan material. Antara lain, seperti istilah wakaf, sedekah, hibah dan zakat. Setiap istilah ini mempunyai makna yang berbeza. Agar kita  tidak salah memahami, KakYa kongsikan kat sini perbezaan persefahaman antara wakaf, sedekah, hibah dan zakat. Berikut di senaraikan perbezaan antara wakaf, sedekah, hibah dan zakat. 

- Wakaf adalah amalan menyerahkan harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk kegunaan umum masyarakat dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan syarat syarat berikut;

▪ Harta yang diwakafkan hendaklah dalam bentuk kekal sifatnya.
▪  Harta yang diwakafkan tidak boleh dijual, diwarisi, ditarik balik dan diwasiatkan kerana ia menjadi milik Allah buat selama lamanya.
▪ Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan mengalir dan boleh diambil manfaatnya.
▪ Para 'fuqaha' berpendapat bahawa wakaf adalah satu satunya sedekah yang berbentuk jariah (berkekalan) kerana konsep wakaf adalah berkekalan sifatnya.

- Sedekah adalah amalan menyerahkan apa apa bentuk harta benda kepada golongan fakir, miskin, anak yatim atau orang yang berhajat dengan ikhlas kerana Allah SWT tanpa mengharapkan balasan. Pemberi sedekah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

▪ Boleh dilakukakan dalam apa jua bentuk harta seperti harta yang kekal, wang, pakaian, barangan dan makanan.
▪Dalil Al Quran yang menggalakkan amalan sedekah adalah seperti berikut;

"Dan yang dikatakan berbuat baik adalah orang yang memberikan harta yang dicintai kepada saudaranya yang miskin, anak anak yatim, oramg miskin, ibnu sabil dan orang yang berhajat"
(Surah Al Baqarah : Ayat 177)

- Hibah adalah memberikan sesuatu kepada seseorang secara langsung sebagai penghargaan kepada orang yang menerimanya atau sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

▪Boleh dilakukan dalam apa jua bentuk harta asalkan bukan benda yang bercanggah dengan hukum syarak.
▪ Asas dalil amalan hibah adalah seperti berikut;

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya; Barangsiapa diberikan kebaikan oleh saudaranya dengan tidak berlebih lebihan dan bukan kerana ia minta, maka terimalah dan janganlah ditolak kerana sesungguhnya kebaikan tersebut merupakan rezeki yang Allah berikan kepadanya ( Riwayat Ahmad) 

- Zakat adalah satu kewajipan mengeluarkan harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf asnaf yang ditetapkan dengan kadar tertentu yang merupakan salah satu daripada Rukun Islam.

▪ Kelebihan kewajipan berzakat ialah dapat mensucikan diri daripada sifat bakhil dan tamak dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

▪ Berzakat dapat menyuburkan harta pembayarnya di samping dapat memastikan harta tersebut bersih dari hak orang lain.

▪ Dalil wajib membayar zakat adalah seperti berikut;

"Dan dirikanlah kamu akan solat serta zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat" (Surah An Nur Ayat 56).

Itu sahaja perkongsian ilmu untuk pagi ini. Alhamdulillah mudah mudahan dengan perkongsian ini, kita semua akan lebih memahami bab wakaf, sedekah, hibah dan juga zakat. Kita jumpa lagi dalam perkongsian ilmu akan datang. Terima kasih kerana sudi singgah.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Baru-baru ni baca kat mana entah..Si ayah wakaf kan tanah lepas tu si anak datang tuntut balik lepas ayah dia meninggal.


    BalasPadam
  2. Yang penting semuanya kena ikhlas kan :)

    BalasPadam
  3. nice sharing kak.. kena tahu maksud2 semua ni..

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.