Alhamdulillah Ar Rayyan Optometry Kemaman Ganti Frame Baru!

July 18, 2020

Alhamdulillah Ar Rayyan Optometry Kemaman Ganti Frame Baru! | Salam dan hai buat semua pembaca blog KakYa. Ingat lagi tak dua hari lepas KakYa ada up entri Buat Cermin Mata Baru Di Ar Rayyan Optometry Kemaman, Tapi ... Ok sekarang kita sambung citer frame cermin mata KakYa kat sini pulak. 

Harini seperti yang KakYa cakap kat entri atas, KakYa akan ke Ar Rayyan Optometry Kemaman. Alhamdulillah tadi jam 5 petang KakYa ke sana. Dari luar kedai nampak orang tak ramai. Syukur alhamdulillah, jadi mudah sikit untuk KakYa jumpa dengan staff kat situ.

Masuk je kat dalam kedai terus jumpa ngan staff kat kaunter. KakYa bagitau keadaan frame cermin mata baru KakYa. Staff kat situ cakap, nanti kita try check tengok macam mana. Rasanya boleh adjust kot. Ok akak duduk dulu, kejap lagi kita tengok camne. Harap harap boleh la adjust. 

www.akifimtiyaz.com
Yeyy dapat tukar yang baru! Jom kita tengok warna apa ..

Duduk menunggu kejap tak sampai lima minit, Farhana staff Ar Rayyan Optometry yang berurusan ngan KakYa masa hari buat cermin mata datang bawak cermin mata tapi bukan yang KakYa punya. Farhana cakap cuba akak try dulu. Masa try rasa ok. Terus tanya dah ada power ke. Farhana cakap dah tukar cermin akak ke frame baru.

Frame yang KakYa bawak balik semula, tak boleh diselamatkan sebab dah terbukak kat tepi. Jadi Farhana cakap dia dah tukar cermin KakYa ngan frame yang baru. Yang dia bagi KakYa try tadi. 

www.akifimtiyaz.com
Nampak tak .. Warna coklat gelap campur coklat cerah sikit sikit. Tapi yang coklat cerah tak nampak mana dalam gambar. 

Ohhh! dah tukar ke? Ha aa dah tukar, ni satu jer  frame yang sama pattern ngan akak punya. Ni pon ambik kat kedai satu lagi. Kalau akak nak yang ni OK jer kalau tak nak takde dah yang sama cam akak ni. Ritu pon KakYa dah tahu pattern  frame KakYa ni ada satu jer kat situ.  Bila KakYa try rasa ok dan pattern frame pon sama cuma warna jer la takde hijau cam frame mula mula. Tapi takpe la yang ni pon OK jer sebab masih lagi pattern sama cuma warna jer lain. KakYa cakap ok la kalau camtu, ON jer la. Kira jadilah yang ni.

www.akifimtiyaz.com
Alhamdulillah dapat yang sama pattern ngan yang KakYa dah buat sebelum ni. 

Terus tanya harga frame berapa. Nak tau Farhana jawap apa? Kedai bagi free kat akak.  Kita tukar jer. Alhamdulillah syukur Ya Allah tak payah bayar apa apa terus dapat tukar frame baru. Kalau ikutkan frame KakYa takde warranty sebab dah ada diskaun masa beli. Tapi nak jadi citer dan nak jadi rezeki KakYa, alhamdulillah dapat tukar frame baru jenama yang sama.

Terima kasih Allah KAU permudahkan urusanku hari ini. Syukur sangat sangat. Kalau kena bayar kena bayar ratus  jugaklah sebab harga frame KakYa ratus ratus gak masa  beli baruni. Memang dah rezeki KakYa harini. Suka! Opkos la suka.

www.akifimtiyaz.com
Warna coklat pon menarik gak. Ok
jer. Kita pakai dulu tengok camne.

Lepas ucap terima kasih kat Farhana terus keluar kedai cari en suami. Bagitahu dia Ya Allah abang, syukur alhamdulillah rezeki Umi dapat tukar frame baru tanpa apa apa bayaran. Frame lama (bukan lama sangat baru 2 hari duk ngan KakYa hahaha) dah tak dapat di selamatkan sebab terbukak kat tepi. Kedai bagi frame baru untuk Umi, abang. Takyah bayar apa apa. Excited duk bagitahu en suami. Ada rezeki lagi nak pakai cermin mata pattern ni. 

Alhamdulillah tq Allah tq Allah. Tapi ada terkilan jugak sikit tadi tak sempat nak tengok balik frame lama KakYa huhuhu. Dapat yang baru yang lama kena la tinggal. Tak sempat nak say hai hai baye bye. 

www.akifimtiyaz.com
Selamat berkhidmat untuk saya wahai cermin mata baru. Berhidmatlah dengan penuh dedikasi. Moga bertahan lama okey!

Ok makanya dengan rasminya petang tadi KakYa dah berkaca mata baru. Yang lama kita simpan buat kenangan. Lagipon power naik sikit daripada yang asal. Tak boleh nak pakai yang tu lagi bila dah pakai yang baru. Sebelum terlupa, kalau korang berada di sekitar Kemaman dan berhajat nak buat cermin mata baru, korang boleh kunjungi Ar Rayyan Optometry Kemaman di alamat tertera; 

Ar Rayyan Optometry Kemaman,
C-G-01&02, COAST 3, Jalan Penghiburan, 
24000 Chukai, Kemaman, 
Terengganu Darul Iman. 

Tel: 098530716
Hp: 01158938163

Artikel Menarik yang Lain

8 Sahabat Setia

  1. Saya tak pakai cermin mata jadi kurang arif sikit pasal cermin mata ni..

    Cuma nak tanya pasal power tu, selalunya berapa lama power tu akan bertambah ye?

    Anak saya dua2 orang pakai cermin mata.

    yang si kakak tu buat cermin mata masa bulan 1 hari tu. Sekarang dia kata macam dah tak nampak. rasa macam cepat sangat la pulak nak kena tambah power. belum sampai setahun lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut atas seseorang .. tiap orang tak sama D. Macam saya 10 tahun pakai cermin mata lama, power masih sama walaupon kerap tukar cermin mata.

      Tapi kalau naik cepat dalam masa tak sampai setahun bimbang jugak tu D. Macam saya masa buat yang baru ni, ada huruf2 yg kecik tak dapat baca tu yang naik sikit .. Tak banyak pon sebab tak terasa sangat masa pakai macam pakai yg lama jugak ..

      D try bawak anak pergi check mata lagi sekali la tgk macam mana. Kesian jugak tu bila dia ngadu tak nampak.

      Delete
  2. saya selalu check mata 2x setahun kalo mai kena tukar memang malas betul rasa sebab nak lalui process masuk blik tu semua haha.. kalo x kena tukar ok lg..

    skrng ni amek bingkai murah2 je sbb jenis ganas takot rosak kang sedih pulak kalau mahai kan.. kalo blh mmg nak guna yang ada sampai betul2 xleh guna da..

    ReplyDelete
  3. Bila baca post ni rasa terus nak pergi check mata sbb lama jgk sy tak check mata.

    ReplyDelete
  4. suka pattern macam ni dan frame plastik. tahan lama sikit.

    ReplyDelete
  5. Teringat dah lama tak pergi periksa mata

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.