Tetiba Datang Rindu Kat Dia Yang Bernama Adik Dayah

June 11, 2020

Tetiba Datang Rindu Kat Dia Yang Bernama Adik Dayah | Semalam aku bermimpi  tentang dia. Dia yang bernama Nur Hidayah Zakaria. Dia yang aku panggil Adik Dayah. Ya aku rindukan dia. Ntah kenapa semalam sebelum tidur aku teringat akan dia. Semalam aku masuk tidur awal dalam jam 9.30 aku dah terlena penangan 10ml ubat batuk yang aku minum bersama dengan ubat tahan sakit dan jugak antibiotik. Tak sampai setengah jam aku dah tertidur. Kuat jugak la ubat batuk tu hinggakan handphone jatuh kat muka aku tak berapa nak rasa sakit. Biasa kalau hanphone jatuh kat muka mula laa nak marah marah. Tapi kalini tak, sebab dah mengantuk tahap tak boleh buka mata. 

Dia yang bernama Adik Dayah juga seorang blogger. 







Sekitar jam 12 malam aku terjaga, masa terjaga tu tetiba jer teringat kat Adik Dayah. Ya aku teringat sangat kat dia. Apa khabar agaknya adik yang sorang ni. Masa terjaga tu sempat la aku pegi jenguk facebook Adik Dayah.  Last updated dari dia,  24 May 2020 sempena Hari Raya Aidilfitri. Lepas pada tu dah takde updated apa apa lagi dah. Hati aku macam dup dap dup dap jer dah kenapa takde updated terbaru. Lama jugak tak updated facebook. Mata aku yang mengantuk buat aku tertidur dalam tanda tanya. Ntah kenapa aku teringat ingat sangat pada adik yang satu ni. Adik blogger yang aku kenal masa awal awal blogging dulu. Dulu kami satu group blogger ExchangeFeedGroup. Sekarang masing masing dah bawa haluan sendiri. 

Pagi tadi aku ada hal yang perlu diselesaikan. Jadi aku terlupa seketika pada Adik Dayah. Sekarang ni aku teringat balik dan aku rasa nak mesej dia tanya khabar. Check kat WhatsApp aku tengok nombor dia masih sama berdasarka dp WhatsApp. Terus aku PM dia dalam jam 3.18 tadi. Ya Allah Syukur Ya Allah, dia balas mesej aku dan terubat la jugak rindu dihati. Terima kasih Allah. Alhamdulillah dia baik baik saja. Syukur Ya Allah. 



















Lama jugak kami tak bertanya khabar sejak tak lagi bersama di EFG. Kami bersama di EFG tahun 2015 dan kami rapat seperti kakak dan adik. Tapi bila masing masing bawa haluan sendiri terus lupa bertanya khabar dan berita. Alhamdulillah, dikesempatan Syawal yang mulia ini, moga Allah memberkati tautan kasih sayang  yang kembali terjalin antara kami. Love U till jannah Adik Dayah. Syukur Alhamdulillah. 


Pagi tadi facebook buat terobek dan naik satu gambar dua tahun lepas. Masa ni ada komen Adik Dayah kat gambar tu. Kat gambar tu pon pada tarikh harini ada jugak aku cakap rindu kat dia. Adakah ini suratan atau kebetulan? 

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. Ya Allahh kakak 😭😭 dayah pun rindu sangat2 dengan kak lya, hanya mampu kirimkan doa agar kak lya dan family sentiasa didalam lindungan Ilahi.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kak lya sayang 💋💋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Dayah. Teringat saat2 dulu kan. Masa mula2 join ExchangeFeedGroup. Ya Allah rindu sungguh saat itu. Kerana EFG laa KakYa ada domain sendiri. Dulu blogspt jer masuk EFG 2015 bertukar ke dotcom. Seyesss rindu semua ..

      Delete
  2. Bagus nya.. masih ingat kawan2 blogger yang lama2..

    Kalau saya memang lupa dah. Bila dah lama tak berhubung terus lupa.

    Hahahha

    ReplyDelete
  3. Bagus nya.. masih ingat kawan2 blogger yang lama2..

    Kalau saya memang lupa dah. Bila dah lama tak berhubung terus lupa.

    Hahahha

    ReplyDelete
  4. rindu kan Lya, geng awal2 EFG dahulu, Dayah, Leyla , FR ,Ain dan ramai lagi masa tu meriah kita sampai ke tengah malam. sekarang masing2 ikut haluan sendiri namun ukhuwah masih kekal di hati, in shaa allah

    ReplyDelete
  5. Baiknya hati kak kerana masih ingat kawan-kawan lama..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... Semoga ukhwah kekal sampai syurga. =D
    makin semangat nak blogging bila ada group mcm tu. ilmu pun bnyak yang dapat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.