Suka Suka Jer Nak Access Akaun Facebook Kita

June 01, 2020

Suka Suka Jer Nak Access Akaun Facebook Kita | Petang tadi KakYa dapat notification dari facebook, ada seseorang cuba nak godek godek akaun facebook KakYa. Masa tu kalau ikutkan waktu facebook hantar mesej, KakYa tengah solat asar. Notification tu di hantar dalam jam 5 petang gitu la lebih kurang.  Lepas selesai solat KakYa rasa cam nak jenguk facebook, terus terpandang notification ni. Terkejut la jugak tetiba jer kan. Takut pon ada. Dulu pernah dah kena camni sekali, KakYa terus tukar password semua sekali. 


Camne KakYa boleh tahu seseorang nak ceroboh facebook KakYa. KakYa dah set two factor athentication untuk akaun facebook KakYa sama macam instagram. Jadi bila ada jer sesuatu yang tak kena atau mencurigakan, KakYa akan dapat notification terus dari facebook. Macam gambar kat atas ni.



Dah dapat notification dan review aktitivi login , KakYa terus jer tukar password baru. Dah lama la jugak tak tukar password untuk facebook ni, last last arini kena tukar password. Tukar jer la apa apa hal nanti senang. 


Ok kita tukar password yang strong la sikit. Pusing sana pusing sini tadaaaa dah tukar password baru. Alhamdulillah selamat facebook KakYa. Moga moga pasni takde dah yang rajin tangan nak ceroboh lagi. Takde benda menarik pon kat facebook tu untuk di ceroboh. KakYa sayang facebook KakYa sebab kat sana la tempat KakYa kongsi cerita anak anak, cerita blog, cerita tentang diri, kongsi dakwah skit sikit ... Sayang la kalau tetiba hilang. 


Pasni janganlah main main ngan saya lagi. Suka suka pulak nak main kasar camgini. Tak baik tau. Nak main kasar gini pegi main jauh jauh la. Jangan datang lagi okey!

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.