Rambut : Sejak PKP, PKPB Dan Kini PKPP

June 14, 2020

Rambut : Sejak PKP, PKPB Dan Kini PKPP  | Sejak bermulanya tempoh PKP, PKPB dan kini PKPP inilah rupa rambut dak kecik ni. Berkali kali jugak la dia merungut rambut ganggu mata dan telinga dia. Tapi nak buat camne abahnya tak reti nak potong rambut ikut  style dia nak. macam kat kedai. Kan salah potong kan muncung sedepa kan susah pulak. Makanya gitu la ropernya rambut dia hingga ke harini. Sekejap sekejap kalau rambut tu mengganggu sangat dia bunyi la jugak. Nak nak time duk menulis, rambut nak tutup mata camne nak menulis. Banyak benor duk berleter padal rambut.





















Hadoi la payah jugak gini. Tapi nak buat camne kat sini memang kedai gunting yang selalu dia pergi tu tak bukak lagi. Kalau ada pon KakYa pulak takut nak bawak dia gunting rambut. Seram pulak ngan musim sekarang ni. Tunggu jer dah reda COVID19 baru la bawak gunting rambut. Sabar la sikit wahai anak. 



















Umi yang menengok ni takde la nampak cam rimas sangat. Ok jer sebenarnya rambut dia takde la panjang sangat. Cumanya bila dah tutup mata dan telinga tu, dia jadi rimas la sikit. Kalau masa kecik kecik dulu okey jer rambut panjang paras bahu takde pulak cakap rimas, bila dah besar dan selalu potong rambut dah lain dah, tak suka dah bila rambut panjang sikit. Mula la nak suruh potong cecepat. 



















Sebelum bawak dia pegi potong rambut nanti, abah dia cakap meh la kita photoshoot dulu.  Nanti susah dah nak jumpa rambut panjang gini bila dah mula sekolah nanti. Alang alang diaorang pergi jalan jalan berdua lepas PKPP dua tiga hari lepas, terus la photoshoot sekeping dua gambar. Jadila buat kenangan rambut musim PKP. Sekali tengok bila rambut panjang cam gini, kepala tu nampak cam besor jer. Hehehe dia marah sangat kalau KakYa cakap kepala nampak besar sebab rambut makin mengembang dengan jayanya. 





















Ok la posing dua tiga keping, kita simpan buat kenangan. Pasni Umi buat photobook dan cuci gambar gambar yang belum dicuci sekali. Lama jugak ni tak cuci gambar. Gambar kat phone pon makin bertambah. Nampak pada gaya kena cuci gambar la sehari dua nanti. Kalau tak makin lama makin penuh laaa gambar kat dalam phone.



Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. wah wah ada iras iras rambut pelakon jepun da ni..
    ehehe..

    ReplyDelete
  2. Rambut anak-anak saya pun sama...Sampai saya jadi tukang gunting rambut..kena belajar cara memotong di youtube...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.