Petua Rendam Kaki Dalam Ais

June 28, 2020

Petua Rendam Kaki Dalam Ais

Rendam kaki dalam ais? Pernah amalkan petua rendam kaki dalam ais tak sebelum ni? KakYa ada baca satu petua yang dikongsikan oleh sahabat facebook berkenaan petua rendam kaki dalam ais. Apa faedah dan kebaikan yang kita dapat bila amalkan rendam kaki dalam ais. Makanya terus tangan KakYa laju menggoogle untuk dapatkan jawapan. Wah! Banyak juga kebaikan dan kelebihan rendam kaki dalam ais. KakYa kongsi kat sini untuk manfaat kita bersama. Nanti boleh try ikut petua ni, mana tahu berkesan. 

www.akifimtiyaz.com

Tanda Banyak Angin Dalam Badan 

Mengikut apa yang KakYa baca, jika kaki kita rasa menyucuk nyucuk waktu bangun tidur, itu tanda dalam badan kita ni ada banyak angin. Angin yang ada dalam badan kita tu angin tak baik dan tak elok untuk kesihatan. Jadi cara terbaik untuk buang angin dalam badan adalah melalui kaedah rendam kaki dalam ais. 

Cara Buang Angin Dalam Badan 

Cara buang angin dalam badan adalah dengan menggunakan ais. Kebanyakan daripada kita mempunyai simptom sakit kepala, kerap sendawa, lenguh pinggang, lenguh tengkuk, sakit badan, lesu, sakit urat, mudah penat dan sukar tidur malam. Kalau korang ada salah atu simptom yang KakYa senaraikan kat atas, apakata korang cuba rendam kaki dalam ais. 

Apa Akan Berlaku Jika Angin Dalam Badan Tidak Di Buang

Bagi yang tertanya tanya apa akan berlaku jika angin dalam badan tidak di buang, ini jawapannnya. Jika angin dalam badan tidak dibuang akan menyebabkan seluruh sendi badan merasa sakit dan menyebabkan kita sukar untuk tidur. Jadi, teknik rendaman kaki dalam ais boleh membantu korang melegakan sakit badan dan amat baik untuk diamalkan. 

Kebaikan Rendam Kaki Dalam Ais

Untuk pengetahuan korang, amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan dengan sedikit ais  dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan jin. Menurut Perubatan Islam, sekiranya korang ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu, itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya diamalkan, insyaAllah dengan izin Allah jin akan terhindar daripada tubuh kita.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi boleh juga campurkan air untuk rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita. Boleh amalkan membaca bacaan di bawah sebelum merendam kaki.

• Surah Al Fatihah 7x
• Surah Al Ikhlas 7x
• Selawat 7x

InsyaAllah dengan izin Allah, badan akan berasa  lebih ringan dan segar serta dapat menghilangkan rasa sakit sendi dan mengelakkan gangguan jin. 

Rendam Kaki Dalam Ais Turunkan Suhu Badan 

Selain daripada itu, rendam kaki dalam ais juga dapat menurunkan suhu badan, tekanan dan juga kelesuan. Amalkan selalu jika suhu badan meningkat dan sukar untuk turun. Semoga ikhtiar ini dapa membantu korang menurunkan suhu badan dengan lebih cepat. 

Alhamdulillah Syukur Ya Allah. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilmu dan manfaat buat kita semua. 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.